Ahad, 25 November 2012

Bonuslink

Tiba2 terdetik di hati aku nak login kat website bonuslink td. Niat dihati nak check point la. Sbb aku tengah bosan. Kena login bagai. Bile aku nak login, kena ada no account. Hampir setahun aku guna kad bonuslink ni. Tak pernah sampai surat apa2 pon. Aku pon call la service centre bonuslink utk dapatkan no account. Dalam perbualan tu, customer service tu cakap kat aku nama aku takde dalam rekod lagi. So kena la register. Pastu dia tanya aku kat mana dapat kad tu. Aku cakapla kat shell. Pastu bole plak die cakap jgn amik kat shell. Dorang tak register pon. Hurmm. Maksudnya form yang aku isi tu die buang atau die makan la kot. Celaka punye orang. Aku register kat shell bentong. Tu kali kedua aku register sebab 1st kad aku dah hilang. 1st kad aku tu aku register kat shell bandar baru ampang. Yang tu pon xde dalam rekod jugak. Memang tak guna la orang tu. Tah2 selama ni memang die takkan register kot. Aku tengok 80% dari cashier kt mana2 shell mesti akan swap kad mereka sendiri. Sepanjang aku kerja kat petronas dulu pon macam tu jugak. Untung dorang. Kenapa takde tindakan undang2 ek? Sampai bila dorang nak buat keje mcm tu ek? Dorang diamanahkan untuk swap kad customer, tapi dorang kencing. Tah ape2 je. Semoga orang2 yang tak amanah tu akan sedar kelak. Phuiii untuk anda!!!

DON'T TRUST ANYBODY!!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Like Our Facebook Page:
https://www.facebook.com/pages/wnr-collection/199652276771017

Isnin, 19 November 2012

Arghhh!!

Tolong!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Like Our Facebook Page:
https://www.facebook.com/pages/wnr-collection/199652276771017

Sabtu, 17 November 2012

Yusmira Trading Tarik Diri Dari Taja The Red Warrior!



Inilah sebab kenapa TSHAM pumpang2 bising kat FB apabila MATYO nak pindah g Johor. Kontrak tak abeh lagi. So tak boleh nak keluar gitu je. Bila TSHAM suruh bayar tebus kontrak juta2, ade pulak mulut2 taik yang cakap KAFA amik kesempatan la ini la itu la. Inilah sebabnya. Ni baru 1. Ntah2 ade lagi company yang akan tarik diri. Sape yang tanggung? Harimau selatan? Phuiiii! Skang penaja pon dah tarik diri, pastu harimau selatan (erkkk!!!!) main tarik tali plak ngn Matyo. Ape cite? Kalu padi katakan padi, tidak aku tertampi tampi (tibe2 je). Kat bawah ni ade keratan akhbar dari Utusan. Silalah baca. Jangan malas2. KTHXBAI!!!


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima tamparan hebat apabila salah satu penajanya musim ini, Yusmira Trading Sdn. Bhd. mengumumkan untuk menarik diri daripada menaja pasukan itu musim depan.

Keputusan untuk tidak lagi menaja The Red Warriors diumumkan oleh Pengarah Urusan syarikat itu, Datuk Azlan Muhammad dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama adalah peguam syarikat itu Mohd. Rafizi Abdullah daripada Tetuan Rafizi Zubairi & Co.

Azlan berkata, keputusan untuk tidak meneruskan tajaan dibuat selepas mengkaji implikasi perpindahan tonggak utama The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang mengambil keputusan untuk mengubah haluan ke Johor musim.

"Mat Yo merupakan ikon besar dalam industri bola sepak Kelantan dan keputusannya mahu berhijrah ke pasukan lain membuatkan kami berada dalam dilema (sama kekal atau menarik diri sebagai penaja).

"Akhirnya kami buat keputusan untuk tidak bersama Kelantan pada musim depan. Keputusan ini memang begitu sukar tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain.

"Kami orang berniaga, sudah tentu kami tidak mahu pelaburan (penajaan) ini memberi kerugian kepada syarikat kami," katanya.

Berita penghijrahan Norshahrul yang mendapat jolokan The Linesman membantutkan hasrat syarikat produk kesihatan berasaskan halia yang terkenal itu untuk terus menaja The Red Warriors untuk musim keempat berturut-turut.

Selain Yusmira Trading, turut menaja pasukan Kelantan pada musim ini ialah Sinar Harian, Kumpulan Al-Jabbar, Umbro, Warriors, Masterskill, RW Energy Plus selain Happy selaku penaja utama.

Azlan memberitahu, pihaknya sudah mengadakan perbincangan lanjut dengan peguamnya berhubung isu berkenaan.

Katanya, pihaknya akan menghantar surat untuk tidak menyambung kontrak penajaan kepada pihak KAFA dalam masa terdekat.
"Sejak tiga tahun menjadi penaja untuk The Red Warriors, kami sudah membelanjakan hampir jutaan ringgit semata-mata membantu menyemarakkan senario bola sepak Kelantan.

"Kalau pemain beritahu awal tidak mahu bersama Kelantan enam bulan lalu, itu kami tidak kisah. Tapi tiba-tiba jadi macam ini (mahu berhijrah) sedangkan kontrak masih ada, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada penaja seperti kami," ujarnya.

Tambahnya, tindakan terburu-buru dan tidak profesional sesetengah pemain boleh menyebabkan penaja mengalami kerugian.

"Pemain bukan sahaja perlu akur kontrak mereka bersama pasukan tetapi juga kena hormati barisan penaja yang berada di belakang tabir selama ini," katanya.


** Gambar dah ade watermark. Kena bagi kredit jugak ke? Itu gambar saya google dan edit sket2 jerr. :D 


Jumaat, 16 November 2012

Selamatkan GAZA!!

Cover photo untuk Facebook anda! Sama-sama kita share! 

Klik utk besarkan ye. Then save image as. :)

* Gambar saya google dan edit sket2. Hahahaha. 




Rabu, 14 November 2012

Promosi Datang Lagi!!


PROMOSI!!!!

Beli mana2 perfume & anda layak mendapat 1 miniature PERCUMA hanya dengan RM50!

Promosi terhad dan sah sehingga 30 November 2012 sahaja!! Jangan lepaskan peluang ini!!

Untuk maklumat lanjut, sila singgah di Wnr Collection Facebook Page.

** Kos penghantaran adalah PERCUMA!!
** FREE GIFT diberi secara RANDOM!!


- SEBARKAN KEPADA RAKAN ANDA -





Khamis, 8 November 2012

Victoria's Secret Body Mist

Produk terbaru dari WNR-COLLECTION!!
Dapatkan Victoria's Secret Body Mist segera dengan harga yang mampu milik!!

1 Botol RM45 + FREE Postage!!

Body Double Mist - Beauty Rush - Cupquake


Body Double Mist - Beauty Rush - Berry Cosmo

Sheer Fragrance Mist - Island Escape


Sheer Fragrance Mist - At First Sight


Sheer Fragrance Mist - Kissing in Paris


Sheer Fragrance Mist - Girl's Night


Sheer Fragrance Mist - Good Day Sunshine


Sheer Fragrance Mist - Room 504


Sheer Fragrance Mist - Wild at Heart

Refreshing Body Mist - Strawberries & Champagne


Refreshing Body Mist - Pure Seduction


Refreshing Body Mist - Endless Love


Refreshing Body Mist - Berry Kiss


Refreshing Body Mist - Vanilla Tease


Refreshing Body Mist - Love Spell





Sabtu, 3 November 2012

Lovely Couple Tshirt (Pre-Order : 25 NOVEMBER 2012)

Couple Tshirt Untuk Anda!!!
Pre-Order sehingga 25 November 2012!!


RM 70 (FREE POSTAGE)
Tarikh tutup pre order 25 November 2012

AVAILABLE SIZE
S . M . L . XL . 2XL . 


P/S: PROSES POST KEPADA PEMBELI PRE-ORDER SELEPAS 2 DISEMBER 2012





KOD : EDWARD BELLA
WARNA : PUTIH


KOD : KEEP CALM
WARNA : PUTIH



KOD : LOVE
WARNA : HITAM



KOD : LOVE
WARNA : PUTIH



KOD : CINTA SAYA
WARNA : PUTIH



KOD : TWIN BABY
WARNA : HITAM



KOD : TWIN BABY
WARNA : PUTIH



KOD : TAKEN
WARNA : HITAM



KOD : TAKEN
WARNA : MERAH



KOD : TAKEN
WARNA : PUTIH



KOD : EAT SLEEP
WARNA : PUTIH



 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri