Kecoh. CAP desak kerajaan suruh haramkan e-cig. Sebab ade cikgu mengadu ada student isap e-cig kat skolah. Motif? Kenapa rokok tembakau boleh dijual puluh2 tahun kat Malaysia? Macam la budak skolah tak isap rokok tembakau. Weyyy!!! Aku isap rokok dari zaman sekolah la. Aku tahu semua tu. Kenapa taknak desak suruh haramkan? Sebab rokok tembakau menjana pendapatan negara? Hakktuiiii.
Petikan dari Berita Harian: 25 June 2013
Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan segera mengharamkan penjualan rokok elektronik (e-rokok) di negara ini berikutan peningkatan penggunaan produk itu oleh belia.
Presidennya, S M Mohamed Idris, berkata perkembangan itu harus dipandang serius kerana produk yang dikatakan pengganti rokok tembakau itu didapati digunakan begitu meluas termasuk oleh pelajar dan wanita, malah lebih mengejutkan apabila kajian mendapati kira-kira 60 pelajar di sebuah sekolah di Pulau Pinang menghisap e-rokok.
“Faktor tiada had umur dikenakan untuk membeli e-rokok yang juga mudah dibeli menerusi internet dan di pasar raya membuatkan pelajar mudah memilikinya... ini membimbangkan.
“Walaupun e-rokok dikatakan alternatif untuk mereka yang ingin berhenti merokok, ia sebenarnya akan mewujudkan ketagihan nikotin,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini semalam.
Beliau berkata, sudah sampai masanya Malaysia mengikut jejak Brazil, Norway, Colombia, Panama, Singapura dan Uruguay mengharamkan penggunaan produk berkenaan.
Mudarat kesihatan
“Umum tahu e-rokok memudaratkan kesihatan, malah beberapa kajian menunjukkan kesan buruk penggunaan produk itu. Contohnya, kajian Universiti Athens di Greece membuktikan e-rokok boleh menyebabkan kerosakan paru-paru.
“Kajian oleh Pentadbiran Ubatan dan Makanan Amerika Syarikat (USFDA) ke atas 19 jenis katrij e-rokok pula mengesan ejen penyebab kanser di dalamnya,” katanya sambil menasihatkan ibu bapa turut memainkan peranan memantau anak mereka bagi mencegah penggunaan e-rokok.
Pada 21 Januari lalu, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan penjualan bahan dan produk e-rokok adalah satu kesalahan mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Penjual dan pengedar produk itu dan cecair nikotin boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kenapa korang taknak haramkan cybercafe? Sebab situ ramai budak sekolah ponteng. Kenapa tak haramkan kedai mamak? Ramai student lepak situ. Duduk isap rokok. Kenapa korang taknak robohkan KLCC dan Pavilion? Bersepah student buang masa dan buat maksiat situ. Kenapa korang taknak hapuskan kedai gunting stylo? Nanti budak sekolah buat rambut fashion bangang2. Kenapa korang taknak haramkan penjualan pisau? Nanti jadi punca kes pembunuhan meningkat. Kenapa kenapa dan kenapa? Phuiii!! Kbai!!!