Selasa, 28 Februari 2012

Pakej Fotografi Dari UKTRM (Ultras Kelantan The Red Mania)

Dengan rasa tanggungjawab, aku rase macam nak berbakti ngn UKTRM ni. Hahahaha. Walopon tak seberapa, aku try la nak berjasa jugak. Nak bagi sumbangan berbentuk wang, tak berapa mampu. Sikit2 tu boleh la. Hahaha.

Korang taw tak UKTRM ni? UKTRM ni ringkasan bagi Ultras Kelantan The Red Mania. Kumpulan penyokong pasukang The Red Warrior yang tidak mengharapakan sebarang subsidi dari mana2 pihak. Semuanya dari poket mereka sendiri. Mereka kumpulan penyokong yang menyokong pasukan KELATE sepanjang masa tidak kira kalah atau menang. Terbaekk!! Kalo korang nak tahu lebih lanjut, sila tengok sendiri kat blog UKTRM.


Ni logo rasmi UKTRM Enterprise. Mereka menyediakan macam-macam jenis perkhidmatan. Antaranya ialah pakej fotografi. Rasa macam rugi je aku dah jual camera aku. Dulu aku takde geng nk blaja wedding photography. Skarang ni baru muncul geng2 yang buat wedding photography. Sedih pon ade jugak sket2. Hahahah. Kat sini aku nk wat promo sket utk UKTRM Enterprise. Hehehehe.

ABADIKAN SAAT MANIS PERKAHWINAN ANDA BERSAMA KAMI. DENGAN PAKEJ -PAKEJ TERMURAH. DIPASARAN, KAMI AKAN MEMASTIKAN SAAT MANIS ANDA DIRAKAM DENGAN PENUH MOMENTO. UNTUK KETERANGAN LANJUT ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI (011-15556577) ATAU EMEL TERUS KE ALAMAT EMEL RASMI KAMI DI (uktrm.etp@gmail.com). PASTI ANDA AKAN BERPUASHATI DENGAN SERVIS KAMI.INSYALLAH.

Pakej ade kat bawah ni sebagai rujukan korang. Check it out! Hehehehe.

Ahad, 12 Februari 2012

Pejabat Apek Disimbah Cat

KOTA BHARU – Tidak cukup difitnah menjadi punca putus tunang seorang gadis, kali ini penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23 berhadapan dengan perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab apabila pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd di Jalan Sri Cemerlang dekat sini disimbah cat.


Menurut Pengurusnya, Syed Ahmad Mohd Yusof berkata, kejadian itu disedari pekerjanya sewaktu mereka tiba di pejabat pagi semalam.
Katanya, mereka amat terkejut apabila mendapati bahagian depan dan bumbung pejabat disimbah dengan dengan cat hitam.
“Ini merupakan kali ketiga pejabat ini disimbah cat yang berwarna hitam. Semuanya berlaku di dalam bulan ini iaitu pada 5,10 dan 12 Februari. Kami tidak tahu siapa yang melakukannya dan apa motif di sebalik kejadian ini,” katanya ketika dihubungi DetikPerubahan.com di sini, malam tadi.
Menurut Syed Ahmad, beliau percaya kejadian ini berlaku di antara jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi kerana pada waktu itu kawasan perumahan yang menempatkan pejabat KFR agak sunyi.
“Apek (Khairul Fahmi) sendiri sudah melihat kejadian ini. Sebelum ini kami tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan tetapi kali ini kami menemui satu bungkusan plastik cat yang boleh dijadikan bahan bukti untuk mengesan pelakunya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau dan majikannya, Khairul Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu kira-kira jam 12 tengah hari semalam untuk siasatan lanjut.
“Saya dan Apek telah membuat laporan polis dan kami menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes ini. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membangtu menyelesaikan kes ini,” katanya.
Katanya, apa yang membimbangkan mereka ia keselamatan Khairul Fahmi.
“Apek bimbang juga bila berlaku kejadian macam ni…takut dicederakan. Sebab itu jugalah kami membuat laporan polis. Tetapi rasanya tak ada masalah lagipun Apek sekarang sudah ada pengawal peribadi.
“Ke mana saja dia pergi dia bersama pengawal peribadinya,” katanya.

Sabtu, 11 Februari 2012

Look Out Point Tutup?

Petang tadi aku ade la niat nak g lepak2 kat look out point ampang. Nak layan sunset atas sane. Sampai je atas tu tgk2 tutup da. Siap ade batu2 lagi block jalan nak naik atas tu. Ade la van Majlis Perbandaran Kajang ngn pegawai2 dorang dok tecegat depan pintu tu. Aku tanye la tutup sementara ke selama-lamanya. Die jawab tutup sementara. Tapi sebab penutupan tu xde plak die bagitahu. Emm. Macam ade yang tak kena je. Aku syak mesti ade kes kat atas tu. Tak pon tutup sebab valentine da dekat. Tu yg aku syak je. Nantikan jawapan sebenarnya dari pihak yang bertanggung jawab. Sekian :)

Isnin, 6 Februari 2012

Tips Buat Resume Guna Google Resume Template

Korang tahu tak pasal Google Resume Template? Haaa.. Aku pon baru tahu je. Hahaha. So aku pon rase macam nak kongsi la ngn korang. Google Resume Template ade banyak template yang percuma untuk korang gune. Korang boleh buat resume korang dengan mudah dan hebat. Hahaha. Korang boleh susun isi-isi penting tanpa perlu memikirkan kesilapan format. Pilih je template mane yang korang berkenan. Kompom nampak profesional. Hahaha.

Langkah isi resume template di google template :

  •  Sila buka browser anda dan taipkan docs.google.com dan log in ke akaun anda,daftar jika anda masih belum berdaftar.
  •  Klik butang “create” di ruangan tepi kolum. Klik “from template” pilihan butang menu . Kemudian Galeri template akan dibuka pada ruangan browser yang baru.
  • Taip “resume” pada ruangan teratas dan klik butang “search template”. Hasil carian akan terpapar kemudian.
  • Lakukan carian pada mana-mana resume template yang anda berkenan untuk digunakan. Anda juga boleh preview setiap resume template tersebut .
  • Setelah anda menemui resume template yang dipilih klik”use this template” dan resume template tersebut akan muncul pada ruangan tab browser yang baru.
  • Isikan maklumat yang diperlukan atau gantikan dengan maklumat sedia ada dengan maklumat anda pada resume template tersebut. Google docs akan menyimpan maklumat anda secara automatik dengan segera sebaik anda anda menekan button save,maklumat ini akan tersimpan didalam akaun google anda.
  • Klik “file” dibawah menu bahagian tajuk dan pilih “download as” pilih man-mana pilihan bagi “word”. Jika anda download sebagai file word ,anda boleh buka menggunakan aplikasi Microsoft word .
Sumber : Rahsia

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri