Ahad, 14 Ogos 2011

Persatuan Atau Stadium Cari Untung?

Menganjurkan sebarang perlawanan menentang The Red Warriors nyata memberi keuntungan kepada Persatuan Bola Sepak Tempatan dan pihak Stadium.

Apa tidaknya, kegilaan para Tentera Merah menyerbu setiap venue perlawanan memberikan peluang kepada persatuan dan stadium untuk mengutip bayaran melalui kutipan tiket.

Terbaru, tindakan yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenakan "charge" untuk perlawanan persahabatan mereka menentang Kelantan.

Peliknya, perlawanan pemanas badan lain termasuk empat pasukan kelab dan satu pasukan negeri dalam liga Malaysia, langsung tidak dikenakan sebarang bayaran.

Benar, kedua-dua persatuan berhak untuk mengenakan bayaran dalam perlawanan tersebut tetapi mengapa tidak dengan perlawanan lain. Adakah tindakan ini kerana mengambil kesempatan dengan keghairahan para penyokong Merah Putih untuk turun beramai-ramai melihat pasukan kesayangan mereka beraksi.

Atau ada pakatan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengaut sedikit keuntungan hasil perlawanan tersebut.

Tak mungkin pihak stadium yang mengenakan tiket perlawanan kecuali ada pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan dengan mudah apabila melihat sambutan ramai pihak atas perlawanan yang akan diadakan.

Penyokong Kelantan tidak pelik untuk membayar RM5 kerana mereka sudah bertahun-tahun menghabiskan purata RM100 untuk setiap perlawawan membabitkan The Red Warriors.

Setakat wang sekecil itu, mereka tidak teragak-agak untuk membayar dan datang ke Stadium semata-mata tidak mahu terlepas dari memberikan sokongan tidak berbelah bahagi buat pasukan kebanggaan.

Tetapi janganlah ada pihak yang mengambil kesempatan kerana keghairahan para penyokong untuk hadir adalah untuk memberikan sokongan kepada pasukan tempatan bukan semata-mata menghabiskan masa luang. - Sumber dari RedsfcNews :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri