Selasa, 26 Julai 2011

Kelayakan Piala Dunia - Malaysia vs Singapura

Khamis, 28 Julai 2011 nanti akan diadakan perlawanan timbal balik antara Harimau Malaya ngn Singapura. Perlawanan dijangka sengit kerana skuad Harimau Malaya memerlukan kemenangan 2-0 kerana Harimau Malaya tewas di Stadium Jalan Besar, Singapura 23 Julai aritu.

Hahahaha. Dah macam blog rasmi sukan bola sepak Tanah Melayu plak. Haha. Aritu aku teruja tengok team Malaysia maen kt Singapore. Memang sengit la. Walaupon Malaysia leading seawal minit pertama hasil jaringan striker pujaan tanah air, Safee Sali selepas 17 saat sepak mula. Memang gempak giler r. Aku bajet Malaysia menang bergaya r. Tapi dengan keadaan defend yang agak kelam kabut, Singapore berjaya menjaringkan 4 gol berturut turut. Perghh. Memang down teros. Tapi lepas kemasukan striker dari Terengganu, Abdul Hadi Yahya, die teros score 1 then beberapa minit lepas tu Safee Sali plak score. Da jadi 4-3. Aku tengok da semangat balik pemain kita. Pastu ngn kelekaan defend ngn goal keeper Malaysia, "ayam tua" Singapore plak score lagi 1. Jadi 5-3 dan permainan tamat. Pastu kapten kita plak kena kad merah. Memang kucar kacir r permainan dorang. Tapi aku puji team Malaysia sebab dorang berjuang sampai abeh. Memang dramatik giler r game aritu.

Aku da tak sabar da nak g stadium khamis ni nak tengok Harimau Malaya balas dendam. Awal2 lagi da g beli tiket. Tapi bukan aku r g. Aku kirim kt abang aku je. Haha. Khamis ni aku, abg aku, cik bebi aku, ngn 2 orang opismate aku akan g stadium. Memang tak sabar la neh. Semangat gile babeng. Tambah2 plak si Michelle (opismate) aku tu. Dia memang tak berapa minat ngn bola sepak. Tapi dia nak merasai suasana kt stadium. So aku ajak la die join skali. Bia dia tahu mcm mana suasana kt stadium Malaysia cmne. Bukan kt eropah je ade penyokong yg happening. Haha.

Kita main teka score nk? Sape betol dapat penghormatan. Haha. Aku takde modal nak bagi adiah ape2. Tu je yg mampu aku offer. Haha. Aku target Malaysia menang 3-1. Kalo sape2 nak teka, boleh tinggalkan komen kat post ni ek. Takde pon takpe. Aku tak kesah pon. Hahahahaha. Sebab aku tahu blog aku ni takde orang bace pon. Haha.

Maaaa-Laaaayyyyyy-Siiiiaaaaa!!!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri