Jumaat, 22 Julai 2011

Syirik

Semua dah tahu kan syirik tu ape? Kepada yang tak tahu tu, syirik maksud die menduakan Allah SWT. Kalo salah tolong betolkan. Maksudnya kita percaya kepada benda2 yang mengarut. Memang makhluk halus, jin, iblis dan laen2 tu wujud kt dunia kita ni. Mereka pon makhluk Allah SWT jugak. Korang percaya tak pada bomoh? Aku pon tak tahu nak percaya ke tak. Mungkin sebab aku tak nampak then aku jadi susah nak percaya. Tapi kalo ikotkan teori tu, kenapa kita percaya pada kewujudan Allah SWT? Kenapa kita percaya kt dunia ni ada oksigen dan kita perlukan oksigen utk bernafas sedangkan oksigen kita tak nampak.

Aku bukan nak cakap pasal percaya ke tak sebenarnya. Aku nak cakap pasal orang kita skarang ni. Memang zaman dulu ramai yang percaya kt bomoh yg guna kemenyan bagai. Tapi zaman skang pon masih ada lagi. Korang pernah dengar kes2 orang hantar ape2 jenis benda utk menjatuhkan kita? Contoh macam tanam tangkal kt depan kedai utk tutup rezeki orang. Aku ade dengar2 jugak dari orang terdekat ngn aku. Kadang2 aku rase benda ni mcm ade bukti jgk la. Tapi ape hukum kalo kita percaya sbb ade orang tanam tangkal tu rezeki kita akan hilang? Bukankah rezeki kita ni Allah SWT yang kurniakan? Takkan rezeki kita ni terletak kat tangan2 bomoh plak kan. Walaupon pelik, tapi aku percaya jgk sket2. Tak tahu lah kenapa.

Yang hantar "barang" kt kita nak bagi kita ditimpa bencana la bagai. Ade 1 kes ni, dah 2 kali ade tulang2 ayam kat dalam bonet depan kereta. Mula2 tu mcm biasa je. Tapi kalau bnda ni jadi 2 kali, mcm tak logik la plak kalau langgar ayam kat tengah2 bndar KL yg aku sndri pon tak pernah nampak ayam lintas jalan. Bila ada orang cakap ade seseorang hantar benda kt kereta tu supaya owner kereta tu eksiden or ditimpa bencana, aku rase mcm boleh pakai jugak la. Tapi 50-50 jugak la. Tak tahu nak percaya ke tak. Tapi bagi aku, kalau la bnda mcm ni jadi kt kita dan ade orang2 cakap benda tu dihantar oleh sape2 utk bagi bencana kat kita sekaligus akan buatkan kita jadi takot kan. Of course la seram. Then bila diri kita dah diselubungi oleh perasaan takot, automatik kita akan percaya benda tu. Maybe boleh cecah 100%. Dan kita akan berhati2 nak g mane2 pon. Walaupon kita berhati2, bila diri kita diselubungi oleh perasaan takot, aku rase kite akan jadi makin cuai. Pastu kalau jadi ape2, kita akan cakap punca dari benda tu. Tapi hakikatnya kita yg takot. Kita yg biarkan ketakotan tu kuasai diri kita. Tu pendapat aku je la.

Kepada yang rasa aku ni angkuh, bongkak, sombong bagai sebab tak percaya benda2 camni, aku mntk maaf. Bukan tak percaya tapi kurang percaya. Lain maksud tu. Heheh. Kepada sape2 yang biarkan diri dia dikuasai oleh perasaan takot, dekat2 lah dgn pencipta kita, Allah SWT. Kerana Dia maha mengetahui segalanya. Ampun maaf kepada sesiapa yang terguris dengan post aku ni.

Chow!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri