Jumaat, 14 Oktober 2011

Asal Usul Perkataan Bodoh

Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. Ini hanyalah rekaan dan khayalan penulis untuk menajamkan lagi pemikirannya serta mengharapkan kritikan untuk terus hidup dalam penulisan. Selamat membaca!
Kisah ini mengimbau kembali layangan fikiran kita ke zaman semasa Munshi Abdullah @ Abdullah bin Abdulkadir Munsyi pelayar tersohor sedang menyiapkan kapalnya untuk belayar. Dijangka pelayarannya kali ini akan bermula dari Singapura dan berlabuh senyap di Kelantan. Akan tetapi, beliau akan singgah di Pahang dan Terengganu sebelum sampai ke Kelantan.

Pada waktu ini, masyarakat di Tanah Melayu masih mencari arah hidup masing-masing. Tidak ramai lagi cerdik pandai yang mampu menulis mahupun membaca. Kalau ada pun disebabkan pernah bekerja penjajah. Jadi driver, tukang masak atau sebagainya. Institusi pendidikan memang tidak dititikberatkan. Percakapan yang diucapkan hanya menggunakan dialek-dialek mengikut negeri masing-masing. Itupun mempunyai pengaruh kuat dari negara jiran. Bahasa rasmi masih belum diiktiraf.

Ceritanya bermula apabila dua seorang sahabat dari sebuah kampung di satu daerah dalam negeri Kelantan hendak menyeberangi sebatang sungai utama dalam negeri itu untuk menuju ke seberang. Masing-masing bernama Bo dan Do. Pengangkutan utama pada masa itu hanyalah perahu. Jalan raya masih belum ada. Itu sebabnya pekan-pekan dibina berhampiran sungai. Dua seorang sahabat ini mempunyai impian yang sangat tinggi apabila berhasrat ingin membuka satu tanah hutan untuk menjadikan bandar dan penempatan baru untuk rakyat di kawasan itu.

Mereka berdua pun mula menyeberangi sungai dengan menaikin perahu kayu yang dibuat sendiri. Hanya cukup-cukup memuatkan mereka berdua dan sedikit kelengkapan untuk digunakan nanti. Berbekalkan semangat yang tinggi, berdayunglah mereka berdua. Bergilir-gilir dayungannya. Sampai ditengah-tengah sungai, perahu yang dinaiki mereka tembus apabila terlanggar sebatang kayu besar yang dihanyut arus yang bergerak laju. Air mula memasuki lubang pada buritan perahu itu. Mereka mula menggelabah dan melihat tebing sungai masih jauh. Bo mula bersuara.

"Mung dayung kuat, biar aku cebok wat tubik air ini, pehe!?" sambil mengesat peluh didahi yang semakin laju menitik.

"Ok. pah kalu aku letih, mung pulok dayung deh!" seorang lagi menjwabnya.

Perbualan mereka terhenti apabila air makin banyak memasuki perahu. Niat mereka mula pudar. Tetapi semangat mereka tinggi dan menganggap ini hanyalah dugaan yang mereka perlu tempuhi untuk menggapai cita-cita setinggi gunung yang tidak pernah terlintas oleh anak muda yang ada pada masa itu. Mereka tidak memperdulikan cakap-cakap orang yang mengherdik impian mereka.

"Guano ni Bo kito duo. Nok gi lagi ko nok patoh balik." Do dengan sedikit gelisah

"Tengok pado jarok kito nga tebing tu nok dekat doh, kito g jah lar." Bo yang dari kecil tidak pernah kenal erti putus asa.

"Air masuk koho banyok ni, kalu kito bereney guano?" Do dengan ideanya.

Maka Bo dan Do terjun dan meneruskan niat mereka dengan berenang merentasi arus deras sungai itu. Tiada apa yang difikirkan mereka selain ingin sampai ke tebing dan melaksanakan hasrat mereka. Hari semakin gelap. Awan mula berarak mendung. Setitis demi setitis air hujan mencurah dan berlangsung lebat. Kuakan renangan mereka makin perlahan. Do sudah banyak kali tertelan air. Kudratnya sudah mula luntur. Bo melihat keadaan itu segera mencapai tangan Do dan renangan diteruskan. Semakin dekat dengan tebing semakin perlahan kuakan Bo. Tetapi dengan tenaga muda dan semangat ada Bo meneruskan. Mereka berdua pun sampai ke tebing dengan selamat.

"Alhamdulillah, aku kato doh, itu hanya dugaan kito. Kalu kito tak usaho mano buleh kito sapa sini." ucap Bo bersemangat

"Betul kato mung Bo, tapi aku nyaris nok mati doh sakni. Tapi aku yakin kito bulehdan Allah sentiasa bersamo kito." balas Do sedikit penat,

"Kalu kito duk rumoh tak buat kijo pung, sapa maso kito mati jugok." Bo tetap dengan semangatnya.

Perjalanan mereka diteruskan dengan meredah hutan menuju tempat yang sesuai untuk berehat dan bermalam sementara menunggu hari esok. Mereka merentasi denai dan paya sehingga berjumpa satu kawasan perkampungan kecil. Kemudian kita terdengar satu suara seperti orang tengah mengada kuliah.

"Kami mengemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan untuk memikulnya; dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh"

"Mung raso kito ni bodoh ko?" tanyo Do selepas mereka curi-curi dengar.

"Kalu ikut kefahamae aku, orang yang hok tak usaha dan hanya duduk mengharap rezeki. Tu baru bodoh" balas Bo

"Pahtu kito ni relo bereney mari kokni pah nk bukok tanah hutae. Dengan kudrat tubuh sajo pulok tuh."

" Kito bukae bodoh, kito hanyolah "BO" "DO" ho tak kenal erti letih!"

***

Maka jelaslah untuk kita semua, bodoh bukan beerti tidak cerdik atau pandai. Tetapi orang yang tidak mengambilpeduli sesuatu perkara. Atau yang suka berlagak pandai!

Tiada ulasan:

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri