Selasa, 13 Disember 2011

The Truth!

Semalam aku ade share video ni FB aku. Pastu tibe2 aku rase macam nak cari info2 pasal cerita ni. Ade la serba sedikit yang aku dapat dari En.Google. Tapi video yang ade subtitle aku tak jumpe kat youtube. So aku ebed dari Facebook je. Arap2 kualiti ok la. Haha. Korang boleh tengok la kat bawah ni.







Tengah2 aku google, aku jumpe plak cerita My Name Is Khan. Bace2 sinopsis macam best jugak. Cerita pasal kebenaran jugak la kot. Aku ade sertakan sinopsis kat bawah. Cari2 movie ni kat youtube yang ade skali subtitle tak jumpe plak. Haha. So korang download sendiri je la. Aku bagi sinopsis je. Macam bes la jgk. Korang translate je la ek. Keje aku kopipes je. Hahahaha.
Rizwan Khan, a Muslim from the Borivali section of Mumbai, suffers from Asperger's syndrome, a form of high-functioning autism that complicates socialization. The adult Rizwan marries a Hindu single mother, Mandira, in San Francisco. After 9/11, Rizwan is detained by authorities at LAX who mistake his disability for suspicious behavior. Following his arrest, he meets Radha, a therapist who helps him deal with his situation and his affliction. Rizwan then begins a journey to meet US President Obama to clear his name.
During November 2007, San Francisco-based autistic Rizwan Khan, en-route to meet the President of the USA so that he can convey that his name is Khan and he is not a terrorist, recalls his life, initially with his Bombay-based dad, Dilawar Amanaullah Khan; mom, Razia; and brother, Zakir. Dilawar works for the State Transport workshop in Borivali, and Rizwan accompanies him, learns the trade, and can repair virtually anything. After his passing, Rizwan is abused by his classmates, as well as by Zakir, who feels neglected, so she hires Wadia to teach Rizwan. Years later, Zakir decides to re-locate to U.S.A., and once there, gets married to Hasina. He sponsors Razia and Rizwan, but Razia passes away. In San Francisco, where Zakri runs 'Mehnaz Herbal Beauty Products', Rizwan is hired as a door-to-door salesman, while Hasina concludes that he has Asperger's Syndrome. While selling products, he meets with and is attracted to a Hindu Salon worker, Mandira Rathod, a single mother of Sameer, whose husband abandoned her and re-located to Australia. Both Rizwan and Mandira decide to get married much to Zakir's chagrin, who asks Rizwan to leave. The trio re-locate to Banville, open their own salon, encounter racial profiling after the 9-11 terrorist attacks, are blacklisted, shunned and suffer losses, and then Sameer gets killed. Mandira blames Rizwan for her plight and asks him to leave, while she decides to pursue Sameer's death with Detective Miguel Garcia. Rizwan sets on his journey to meet Mr. Bush - little knowing that soon he will be detained as a terrorist suspect himself and held at an unknown location.
Trailer ade la untuk korang. Layan je la ek. Nanti aku nak cari full movie download plak. First time aku rase teruja nak tengok cite hindustan. Hahahaha. Layan~





Isnin, 12 Disember 2011

Disebalik Kejayaan Chelsea Menewaskan Mancis-Ster-Siti


Match ni aku tunggu walopon pagi2 aku kena g keje. Haha. Tapi memang berbaloi la. Rekod tanpa kalah Mancis-Ster-Siti hancur di Stamford Bridge. Aku bukan nk tulis laporan match pagi tadi.
Korang prasan tak ade seseorang kat blakang bench Chelsea semalam. Aku pon baru nampak je. Haha.
 


Agak2 orang Malaysia ke orang mane ek? Gaya tudung cam Malaysia. Haha. Yang aku bangga, tak kira kat mana budak tu berada, tudung tetap kat kepala. Memetik kata2 SukanStar yang bangang,
Gua respect la awek ni, pergi stamford bridge, London tuh. Tudung masih ada kat kepala! Orang Malaysia? Duduk entah ceruk kampung mana ntah, bila sampai Kuala Lumpur je, terus takde tudung atas kepala. Puiiih!

Selasa, 6 Disember 2011

I hate you but I love you.


Untuk kongsi2 je. Takde nak tuju kat sape2. Hehehe :)

Ahad, 20 November 2011

Sinopsis Ombak Rindu


Ombak Rindu? Hahahaha. Tak pernah dengar sebelom ni. Tibe2 aku tertarik nak tahu pasal cerita ni. Sebab status kawan2 kt fb macam menarik je. Ade yang tak sabar ape sume. Hahahaha. Google punye google, terjumpa la kisahnya. Ianya diadapatasi dari sebuah novel. Dengar cite, novel ni memang femes dikalangan pembaca novel. Aku tak tahu sangat sebab aku tak baca novel. Hahahaha. Pengarah filem ni pulak pengarah yang sama utk filem Lagenda Budak Setan. Mungkin sebab pengarah tu kot aku jadi tertarik. Aku suke cerita lagenda Budak Setan tu. Die punye angle camera pon boleh tahan canteknya.  Korang tahu tak bile filem ni ditayangkan? Aku bagi sinopsis je. Tak bagi tarikh tayangan. Hahahaha. Kepada sesiapa yang tahu, mohon share bersama. Heheheheh.

Sinopsis
Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Rabu, 16 November 2011

Sape cakap kat Zoo Negara takde dinosour?

Haa.. Sape cakap kat Zoo Negara takde dinosour? Mula2 aku keje kt zoo aku da jumpe dinosour. Ade 7 ekor sumenye. Siap ade sebijik telur yang belum menetas. Aku tak taw telur tu kpunyaan dinosour mane. Tapi yg ternyata telur tu bukan telur dinosour jantan. Hahahahha.

Korang percaya ke tak? Kalo korang tak percaya, meh datang sndri tengok dinosour neh. Tak perlu tiket. Sebab dinosour ni bukan dok dalam sangkar. Mereka kena sorok kat pejabat pentadbiran. Bukan blakang pejabat, tapi kat dalam. Haishhh. Cakap banyak tak gune, korang tengok la picture kt bawah tu. Hahahahaha. Dinosour tu menetap kat pc aku. Ngeh3!



Selasa, 15 November 2011

YES!! Die dah datang!


Kepada yang berkenaan, inilah masa yg korang nantikan. Hahahahaha. 
Kepada mak2 sincan (orang yang pantang tengok sign DISCOUNT), sila amik perhatian. Year End Sale dah bermula start dari semalam 15 Nov 2011 sampai Januari 2012. Sila pastikan semua barang anda beli. Hahahahahha. Kalo nk shopping online pon boleh jugak. Ade discount jgk kot. Cube korang check WNR-Collection tak pon WNR-Shop. Kot2 ade discount kan. Hahahaha. Kalo takde, sila inform aku. Nanti aku cakap kat owner tu suh buat discount. Hahahaha. Ok, abeh da. Babai. 


Ahad, 6 November 2011

Saya Suke Tempat Kerja Saya!


Buat pertama kalinya aku post kt blog pasal tempat keje aku. Hahahahaha. Bukan ape. Aku suke kaler ijau. Environment tmpt keje aku pon hijau jgk. Sejuk mate memandang. Rase cam nk tido kt opis je. Hahahahah.
Tambah cerita sket, aku baru start keje kat Zoo Negara 24 Oktober aritu as Web Designer/Graphic Designer. Sebab aku tuka keje? Hhahaha. Biarlah rahsia. Ramai kawan2 aku macam pelik je bile aku cakap aku keje kat zoo negara. Hahahahha. Kenape? Zoo Negara tempat utk haiwan je ke? Orang xde? Hahahahahah. Zaman skang ni sume company ade IT department masing2. So tak hairan lah kalo aku keje kat Zoo Negara ke mane2 ke. Hahahahaha. Kalo zaman 90-an dulu memang IT punye sektor macam susah nak dapat keje. Tak hairanlah graduan dari bidang IT menganggur 2 3 taon dan akhirnya keje lain dari bidang dia.
Haishhh. Panjang plak aku membebel. Asalnye nk tunjuk environment tmpt keje aku je. Hahahahaha. Babai. Selamat ari isnin :)

Sabtu, 5 November 2011

Penangan Apek dan Dahlia Teck

Hambek kau. Kemaen ramai mencari berita2 pasal Apek Teck dan Dahlia Fahmi. Hahahahaha.


Kalo korang yang singgah blog aku neh, rajin2 la klik nuffnang tu ek. Sket je lagi nk cukup RM50. Hahahahahah. Babai.

Selasa, 1 November 2011

Wordless Wednesday!

Ahad, 30 Oktober 2011

Gambar Khairul Fahmi Dan Dahlia Teck Di Werner’s Bukit Bintang

Haaa.. Berita terhangat skang ni. Apex (Khairul Fahmi Che Mat) ngn Dahlia Teck kat Werner's Bukit Bintang. Haishh kemain lagi seksi geng2 Dahlia tu. Apex dah jadi femes da skang. G mane2 pon mesti ade la cerita2. Aku tak kesah die nak buat ape pon. Tapi die kena pastikan prestasi die tak jatuh. Jangan sebab cerita2 yang takde kaitan ngn sukan boleh menjejaskan prestasi Apex. Nanti Apex jadi Beckham Malaya la. Hahahahaha. Da la cerita Selangor sanggop bayar berapa saja nak dapatkan khidmat Apex utk pasukan Selangor. Haishhh.



Sabtu, 29 Oktober 2011

Senyum Penyu!


Semalam baru abeh perlawanan final piala Malaysia 2011. Dan Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia edisi 2011. Aku tak tengok pon match ni sebab aku keje. Sempat tengok kat FB je. Hahah. Tapi aku ade tengok la keeper Terengganu wat lawak. Hahahahahaha. Keeper kebangsaan tu. Korang jangan main2. Memang manusia tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Tapi si Sharbinee tu gaye macam selalu mengulangi kesalahan je. Cuai. Tu je yang boleh aku cakap.


Khamis, 27 Oktober 2011

Laman Web FAM Kena Hack!

Hahahahaha. Mula2 aku nk gelak puas2 dulu. Sebab sangat berpuas hati. Padan muke FAM. Sape suruh bangsat sangat gile duit.

Ni semua angkara FAM naikkan harga tiket utk final piala Malaysia. Macam sial je. Dulu zaman Liga M takde peminat, tiket RM20 je kot. Tak silap aku, FAM naikkan harga tiket masa final Kelantan vs N9 jadi RM30. Skang naikkan lagi jd RM50. Ape ke sial persatuan camtu. Bukan nak galakkan orang g sokong, sebok nak penuhkan kantung duit dorang je.

Hambek kau website kena hack!! Gambar logo FAM di-edit dan dipampang besar pada laman web tersebut. Memang sesuai la tu. FAM ialah TUAN BOLA SEPAK MALAYSIA. Bukan persatuan bola sepal malaysia. Logo pon bole tahan la kiut. Hahahahah. Antara ayat yang ditulis oleh penyokong yang hack web tersebut

"So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us sh*thead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je"

Hambek kau!! Tros tak bole access website celaka tu. Hahahahaha.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Uji Kepantasan Blog Korang

Seminggu dua ni rasa macam internet macam sipot je. Sume benda slow kecuali Facebook. Aku nak menggoogle pon susa. Hahahhaha.

Pastu kalo bosan wat keje, mesti la nk blogwalking. Bukak blog plak lembab. Yela, 1 blog ade macam2 ownernya letak. Blog yang ringan memang kejap je nak load tapi bayangkan kalo blog tu ada bermacam-macam hiasan bagai, photo dua tiga album, lagu background yang adakalanya terlebih underground, lampu lip lap bagai. Hahaha

Jom kite test blog kat PINGDOM TOOLS. Masokkan URL blog korang then test. Pastu tunggu result.


Aku punye result ade kat bawah ni. Taktaw la laju ke tak. Tapi SLOWER THAN 93% OF ALL TESTED WEBSITES la. Hahahahahaha. Korang pikir la sendiri ek slow ke perlahan. Hahahaha.



Jumaat, 21 Oktober 2011

Lawak Pagi Sabtu

Aku jalan2 kat Facebook tadi. Macam bese la. Stalker terunggul. Hahaha.
Aku bese singgah page Sukan Star (Laman yang diulas dengan kaki). Page ni best sebab ulasan pasal bolasepak. Kadang2 kua jugak pasal ragbi. Haha. Admin die memang mulut puaka sket. Tu yang seronok tu. Hahaha. Pastu tengok2 page tu da kena hack dengan "orang blagak pandai" ni. Handoiiyaiii. Teros page tu jadi macam tak seronok. Mane taknye, yang hacker tu pegi post pasal Yakult kat page sukan. Ape ke bangangnye orang tu. Hadoiiii.

Pastu aku pon rase macam nak google name die tu. DF-Trooper. Google2 pastu jumpe la page Dragon Force.

Taktaw pon kewujudan page ni sebab aku tak banyak ilmu pasal hacking menghacking ni. Aku kan nerd. Bace punye bace, ade la terjumpe 1 lawak jenaka paling bangang aku penah tengok. Hahahhahahahahaha. Tak puas lagi gelak. Hahahhahahahahaha lagi. Kalo korang nk gelak jugak, boleh bace kat bawah ni. Aku ade printscreen kan utk tatapan follower blogger aku neh. Hahahaha.


Kotye nak tunjuk kamu tu bijak bestari berkawan ngn hackers, janganlah tunjuk yg kamu tu tak berapa cerdik. Hahahahaha. Kan dah kena ngn Dekno Laa Bebeh tu. Hahahahahahha.

Khamis, 20 Oktober 2011

Nidji - Indahnya Cinta

 
Oh jiwa muda, mudah bercinta, mudah putus juga
Hidup di dunia sementara
Pencarian cinta di hati janganlah berhenti
Hai jiwa muda cepat kejar cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda cinta paling indah

Oh jiwa muda jangan sampai mudah menyerah
Semua demi cinta
Hai jiwa muda pertahankan cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda cinta paling indah

Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya

Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda cinta paling indah

Menghiasi jiwa untuk selamanya
Cinta masa muda
Oh jiwa muda
Mudah bercinta
Mudah putus juga

Hidup di dunia sementara
Pencarian di hati janganlah berhenti
Hai jiwa muda cepat kejar cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda
Cinta paling indah

Oh jiwa muda
Jangan sampai mudah menyerah
Semua demi cinta
Hai jiwa muda pertahankan cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua

Cinta masa muda
Cinta paling indah

Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya

Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda
Cinta paling indah
Menghiasi jiwa untuk selamanya
Cinta masa muda

Jumaat, 14 Oktober 2011

Asal Usul Perkataan Bodoh

Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. Ini hanyalah rekaan dan khayalan penulis untuk menajamkan lagi pemikirannya serta mengharapkan kritikan untuk terus hidup dalam penulisan. Selamat membaca!
Kisah ini mengimbau kembali layangan fikiran kita ke zaman semasa Munshi Abdullah @ Abdullah bin Abdulkadir Munsyi pelayar tersohor sedang menyiapkan kapalnya untuk belayar. Dijangka pelayarannya kali ini akan bermula dari Singapura dan berlabuh senyap di Kelantan. Akan tetapi, beliau akan singgah di Pahang dan Terengganu sebelum sampai ke Kelantan.

Pada waktu ini, masyarakat di Tanah Melayu masih mencari arah hidup masing-masing. Tidak ramai lagi cerdik pandai yang mampu menulis mahupun membaca. Kalau ada pun disebabkan pernah bekerja penjajah. Jadi driver, tukang masak atau sebagainya. Institusi pendidikan memang tidak dititikberatkan. Percakapan yang diucapkan hanya menggunakan dialek-dialek mengikut negeri masing-masing. Itupun mempunyai pengaruh kuat dari negara jiran. Bahasa rasmi masih belum diiktiraf.

Ceritanya bermula apabila dua seorang sahabat dari sebuah kampung di satu daerah dalam negeri Kelantan hendak menyeberangi sebatang sungai utama dalam negeri itu untuk menuju ke seberang. Masing-masing bernama Bo dan Do. Pengangkutan utama pada masa itu hanyalah perahu. Jalan raya masih belum ada. Itu sebabnya pekan-pekan dibina berhampiran sungai. Dua seorang sahabat ini mempunyai impian yang sangat tinggi apabila berhasrat ingin membuka satu tanah hutan untuk menjadikan bandar dan penempatan baru untuk rakyat di kawasan itu.

Mereka berdua pun mula menyeberangi sungai dengan menaikin perahu kayu yang dibuat sendiri. Hanya cukup-cukup memuatkan mereka berdua dan sedikit kelengkapan untuk digunakan nanti. Berbekalkan semangat yang tinggi, berdayunglah mereka berdua. Bergilir-gilir dayungannya. Sampai ditengah-tengah sungai, perahu yang dinaiki mereka tembus apabila terlanggar sebatang kayu besar yang dihanyut arus yang bergerak laju. Air mula memasuki lubang pada buritan perahu itu. Mereka mula menggelabah dan melihat tebing sungai masih jauh. Bo mula bersuara.

"Mung dayung kuat, biar aku cebok wat tubik air ini, pehe!?" sambil mengesat peluh didahi yang semakin laju menitik.

"Ok. pah kalu aku letih, mung pulok dayung deh!" seorang lagi menjwabnya.

Perbualan mereka terhenti apabila air makin banyak memasuki perahu. Niat mereka mula pudar. Tetapi semangat mereka tinggi dan menganggap ini hanyalah dugaan yang mereka perlu tempuhi untuk menggapai cita-cita setinggi gunung yang tidak pernah terlintas oleh anak muda yang ada pada masa itu. Mereka tidak memperdulikan cakap-cakap orang yang mengherdik impian mereka.

"Guano ni Bo kito duo. Nok gi lagi ko nok patoh balik." Do dengan sedikit gelisah

"Tengok pado jarok kito nga tebing tu nok dekat doh, kito g jah lar." Bo yang dari kecil tidak pernah kenal erti putus asa.

"Air masuk koho banyok ni, kalu kito bereney guano?" Do dengan ideanya.

Maka Bo dan Do terjun dan meneruskan niat mereka dengan berenang merentasi arus deras sungai itu. Tiada apa yang difikirkan mereka selain ingin sampai ke tebing dan melaksanakan hasrat mereka. Hari semakin gelap. Awan mula berarak mendung. Setitis demi setitis air hujan mencurah dan berlangsung lebat. Kuakan renangan mereka makin perlahan. Do sudah banyak kali tertelan air. Kudratnya sudah mula luntur. Bo melihat keadaan itu segera mencapai tangan Do dan renangan diteruskan. Semakin dekat dengan tebing semakin perlahan kuakan Bo. Tetapi dengan tenaga muda dan semangat ada Bo meneruskan. Mereka berdua pun sampai ke tebing dengan selamat.

"Alhamdulillah, aku kato doh, itu hanya dugaan kito. Kalu kito tak usaho mano buleh kito sapa sini." ucap Bo bersemangat

"Betul kato mung Bo, tapi aku nyaris nok mati doh sakni. Tapi aku yakin kito bulehdan Allah sentiasa bersamo kito." balas Do sedikit penat,

"Kalu kito duk rumoh tak buat kijo pung, sapa maso kito mati jugok." Bo tetap dengan semangatnya.

Perjalanan mereka diteruskan dengan meredah hutan menuju tempat yang sesuai untuk berehat dan bermalam sementara menunggu hari esok. Mereka merentasi denai dan paya sehingga berjumpa satu kawasan perkampungan kecil. Kemudian kita terdengar satu suara seperti orang tengah mengada kuliah.

"Kami mengemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan untuk memikulnya; dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh"

"Mung raso kito ni bodoh ko?" tanyo Do selepas mereka curi-curi dengar.

"Kalu ikut kefahamae aku, orang yang hok tak usaha dan hanya duduk mengharap rezeki. Tu baru bodoh" balas Bo

"Pahtu kito ni relo bereney mari kokni pah nk bukok tanah hutae. Dengan kudrat tubuh sajo pulok tuh."

" Kito bukae bodoh, kito hanyolah "BO" "DO" ho tak kenal erti letih!"

***

Maka jelaslah untuk kita semua, bodoh bukan beerti tidak cerdik atau pandai. Tetapi orang yang tidak mengambilpeduli sesuatu perkara. Atau yang suka berlagak pandai!

Rabu, 28 September 2011

Korang Tak Nak Tolong Aku ke?

Korang taknak tolong aku ke? Tak susah pon. Tolong click advertising kat blog aku ni je. Hehe. Bile lagi kan korang nk tolong aku. Hahahaha. Stakat ni buffered earning aku dapat ni je. Taktaw la cemane nk naikkan cepat2. Haha. Aku bukan ape. Bukan desprate sangat nak duit nuffnang ni. Tapi nk tengok jumlah click yg banyak. Hahahaha.


Tapi ok la kan dari takde lansung. Haha. Syukur Alhamdulillah :)



Rabu, 21 September 2011

Hahahahambek Kau!!!


Terbaek kan rakyat Malaysia ni. Itu keyword yang dorang slalu google? Haishhh. Kemana akidah? Akhlak? Handdoiiyaiipunnn~~

Outing Fotografi Bersama Alangraphy

Ape2, korang tengok FB Alangraphy.

Jumaat, 9 September 2011

'Ambo Cino Kelate'

Siri 1

CINA yang bukan Cina, Siam pun bukan, jauh sekali Melayu. Itulah gambaran pertama dilontarkan penduduk Kelantan ketika diminta berkongsi mengenai masyarakat Cina Peranakan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Terbukti, kata-kata mereka bukan sekadar tanggapan biasa kerana ia menepati perwatakan masyarakat itu.
Manakan tidak, Cina Peranakan di Kelantan sangat unik dan lain daripada yang lain. Jika berlegar di sekitar perkampungan kecil sekitar Kelantan, terutama di sepanjang pesisir Sungai Kelantan, pasti sukar untuk mengenal pasti siapa Melayu, Cina atau Siam. Semuanya sama saja.
Bukan setakat bahasa pertuturan, malah pakaian, makanan dan rupa paras tidak ada bezanya dengan orang Melayu. Kulit orang Cina Peranakan kebanyakannya sawo matang. Mata tidak terlalu sepet seperti kebanyakan orang Cina lainnya. Lebih mengelirukan, bahasa Melayu loghat Kelantan mereka sangat pekat dan lancar.

Lebih menambah kekeliruan, hampir semua orang Cina Peranakan yang ditemui penulis memulakan perbualan dengan ‘Assalamualaikum’ selain turut diselitkan ‘Alhamdulillah’ dan ‘Insya-Allah’ ketika berbual. Ditambah dengan kain sarung yang tak lekang dari tubuh, proses mengenal pasti bangsa mereka menjadi semakin rumit.

Sudahnya, penulis terpaksa bertanya adakah mereka Melayu atau Cina dan semuanya akan tertawa dulu sebelum menjawab dalam loghat pekat Melayu Kelantan - “Kawe Cino. Bakpo demo tok ce kawe ni Cino?” (Saya Cina. Kenapa pula awak tak cam yang saya ni Cina).

Pasti setiap kali jawapan begitu keluar dari mulut mereka, lantas rasa malu mula terasa di hati penulis dan sesi perbualan menjadi tersekat-sekat. Namun, apabila proses temubual diteruskan, secara perlahan-lahan datang rasa lupa bahawa di depan itu seorang Cina kerana mereka lebih Melayu daripada Melayu sebenar.
Tidak ada sepatah pun bahasa Cina digunakan meskipun berbual dalam kalangan mereka sendiri. Pendek kata, bahasa Melayu Kelantan boleh diangkat sebagai bahasa rasmi mereka. Ketika ditanya, mereka sebenarnya bukan tidak tahu bahasa Cina atau bahasa Hokkien iaitu asal keturunan mereka. Jika mereka berbahasa Hokkien, pasti nahu dan tata bahasanya akan tunggang langgang sekali gus memeningkan kepala.

Lupakan seketika keunikan itu kerana ada persoalan yang mahu dikupas mengenai siapa sebenarnya mereka. Adakah Cina Peranakan di Kelantan wujud akibat campuran budaya yang menebal selepas membesar dalam kelompok masyarakat Melayu atau sememangnya mereka mempunyai darah perkahwinan campur antara orang Cina Hokkien dengan orang Melayu dan mungkin juga Siam?

Pengerusi Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law Awang, 60, menafikan tanggapan kedua. Beliau mempunyai keyakinan bukan semua orang Cina Peranakan atau juga dikenali Cina Kampung mempunyai darah perkahwinan campur dengan orang tempatan sama ada Melayu atau Siam.

“Tidak semua. Memang ada sebahagian nenek moyang kami yang memasuki Kelantan sejak ratusan tahun dulu pernah berkahwin dengan orang Siam tempatan tetapi tidak semua. Ada yang berkahwin dengan wanita di China dan berhijrah ke sini, seterusnya tinggal di pesisir sungai seperti orang lain.

“Saya melihat kewujudan masyarakat ini lebih kepada campuran budaya dengan orang Melayu dan Siam. Selepas beratus-ratus tahun mewujudkan generasi kedua dalam kelompok masyarakat asal itu, ia sekali gus mengubah budaya dan cara hidup orang Cina Kampung kepada budaya tempatan.

“Sebenarnya, istilah Cina Peranakan pun baru saja diberikan pengkaji, Prof Dr Tan Chee Bee. Sebelum ini, kami dikenali pelbagai gelaran seperti Poa Teng Huan (separuh Cina, separuh Melayu) dan Poa Teng Siam (separuh Siam) oleh orang Cina Bandar.

“Orang Melayu pula mengenali kami sebagai Cina Kampung, Cina Kelantan atau Cina Kita. Masyarakat ini wujud bukan disebabkan darah keturunan perkahwinan campur tetapi siapa saja yang ibu bapanya lahir di Kelantan, anak mereka pun lahir di Kelantan serta mengamalkan cara hidup Melayu layak digelar Cina Peranakan,” katanya.

Namun, di sebalik penafiannya mengenai masyarakat itu bukan berdarah keturunan Cina dan Siam, ada satu persoalan yang sukar untuk beliau sendiri huraikan. Jika benar Cina Peranakan hanya mendapat gelaran itu disebabkan campuran budaya dan cara hidup, bagaimana pula wajah mereka mirip Melayu atau Siam?

Jika orang Cina lain mempunyai kulit putih melepak, kebanyakan Cina Peranakan berkulit sawo matang. Bentuk muka juga langsung tidak sama dengan Cina lain. Sekali pandang, sukar untuk mempercayai mereka adalah orang Cina kecuali selepas melihat kad pengenalan mereka.

Nama mereka juga tidak melambangkan Cina sebenar dengan ada yang menggunakan nama Awang, Dollah dan sebagainya. Justeru, jika benar tiada campuran darah Siam atau Melayu, mana mungkin mampu merubah karakter wajah Cina semata-mata kerana percampuran budaya?

“Susah untuk mendefinisikan masyarakat ini. Apa yang pasti Cina Peranakan merujuk masyarakat Cina Kampung yang mengamalkan budaya hidup kampung seperti orang Melayu dan Siam. Dalam perlembagaan persatuan misalnya, selain sekurang-kurangnya dua generasi lahir di Kelantan, menggunakan bahasa Cina Kampung dan Melayu Kelantan, individu itu juga mesti berbudaya Cina Kampung untuk layak digelar Cina Peranakan.

“Namun, kami akui wajah kami ada mirip orang Melayu dan Siam. Saya juga setuju ramai nenek moyang kami dulu berkahwin dengan orang Siam tetapi saya difahamkan tidak semua. Tapi... bagaimana pula wajah kami tidak nampak seperti Cina,” keluh Law Awang sambil mengerutkan dahinya.

Persoalan yang sukar untuk dihuraikan kerana tidak ada bukti sejarah bertulis untuk memperincikan punca kewujudan masyarakat ini. Berbeza dengan Jawi Peranakan (Melayu Peranakan) di Pulau Pinang atau Chetti Melaka (Hindu Peranakan) yang jelas wujud kerana perkahwinan campur orang dari India dengan anak tempatan terutama Melayu.

Apapun, Cina Peranakan tetap unik dan sukar untuk ditemui di mana-mana. Loghat Melayu Kelantan itu sendiri sudah terlalu unik, ditambah pula apabila ia dituturkan oleh orang Cina tanpa sebarang bunyi pelat. Karakter dan perwatakan mereka ada kalanya kelihatan lebih Melayu daripada Melayu sendiri.

Permainan wayang kulit menjadi kegemaran mereka. Malah, ada beberapa tok dalang dalam kalangan masyarakat itu dengan dua daripadanya sudah dikenali di Kelantan. Jika kita berada di depan pentas mendengar celoteh Tok Dalang yang melontarkan dialog watak wayang kulit, pasti tidak tahu ia dikeluarkan dari mulut seorang Cina!

Begitu juga jika merayau di sekitar kampung. Jangan terkejut melihat semuanya (kecuali orang muda) berkain sarung (batik atau pelikat). Wanita menyapu sampah di halaman berkain batik dan suaminya pula leka membaca akhbar berbahasa Melayu berkain pelikat.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga dalam kalangan mereka mahir menulis dan membaca tulisan Jawi. Terpegun seketika penulis apabila berjumpa dengan beberapa warga emas Cina Peranakan yang petah berpantun sambil seorang lagi mengarang kembali pantun itu dengan tulisan Jawi. Hebat! Orang Melayu pun tidak ramai pandai menulis Jawi.

Mereka masih mendiami kawasan pesisir sungai kerana meneruskan cara hidup sejak dulu iaitu bertani. Tidak ramai berpindah ke bandar kecuali golongan muda yang memilih untuk mengubah taraf hidup sendiri. Namun, dengan hidup bertani, mereka sudah dianggap mewah kerana memiliki tanah puluhan ekar dengan kebanyakannya memfokuskan kepada tanam padi dan buah salak. - Bersambung esok.

Seramai 16,000 diami negeri Siti Wan Kembang

GELARAN Cina Kampung atau Cina Kita diberikan kepada masyarakat Cina Peranakan di Kelantan sejak berzaman lamanya oleh masyarakat Melayu dan Siam. Ada juga yang menggelar mereka Cina Kelantan. Gelaran Cina Peranakan dikatakan baru saja diberikan seorang pengkaji, Dr Tan Chee Beng.

Merujuk gelaran yang pernah diberikan orang Melayu dulu dan masih selesa digunakan hingga kini, jelas menunjukkan latar belakang masyarakat Cina berbudaya Melayu itu yang mendiami kawasan kampung di pesisir sungai Kelantan.

Mereka memang orang Cina di kampung. Budaya dan rutin hidup mereka cara orang kampung. Makanan, pakaian, pertuturan dan apa saja yang dilakukan saban hari adalah cara orang kampung. Hanya agama yang membezakan mereka dengan orang Melayu, selebihnya sama saja.

Mereka makan masak lemak, nasi kerabu, sambal belacan, jering dan apa saja masakan orang Melayu. Mereka berkain sarung di rumah. Malah, mereka juga percaya kepada bomoh, antara kepercayaan yang sinonim dengan orang Melayu atau Siam.

Di Kelantan, ada 47 kampung tradisional yang sejak dulu didiami masyarakat berketurunan Cina dan dikatakan penempatan itu bermula sejak 600 tahun dulu dengan kebanyakannya terletak di tebing sungai dari Kota Bharu hingga ke Gua Musang dalam jarak lebih kurang 180 kilometer.

Mengikut rekod Persatuan Peranakan Cina Kelantan, ada hampir 16,000 Cina Peranakan di Kelantan dengan hanya hampir 2,000 daripadanya sudah berhijrah dan menetap di bandar, manakala sebahagian besarnya masih kekal di kampung.

Kampung Mata Ayer di jajahan Machang menjadi kampung dengan penempatan paling ramai iaitu lebih kurang 2,000 orang, diikuti Kampung Kulim, Kampung Dusun Pulai dan Kampung Pasir Parit yang penduduknya dianggarkan lebih kurang 1,000 orang.

Uniknya, penempatan mereka di kebanyakan kampung dibina secara terancang dan tersusun. Jika kita menjengah ke kebanyakan lokasi perkampungan sekitar Kelantan, tidak disangka ada orang Cina di situ kerana kebiasaannya akan melalui deretan rumah orang Melayu.

Selepas meneroka ke kawasan lebih dalam iaitu sehingga ke tebing sungai, baru kelihatan ada rumah dihiasi tanglung atau patung Buddha. Paling tidak pun, tulisan Cina berwarna merah menghiasi pintu rumah kampung yang coraknya seakan-akan rumah Melayu, cuma atapnya lebih runcing.

Kekeliruan pasti timbul kerana meskipun sudah melalui kawasan deretan rumah yang dihiasi objek orang Cina, sukar untuk membezakan mereka kerana ada berwajah Melayu atau Siam. Jika disapa, pertuturan mereka tidak langsung melambangkan orang Cina kerana pelat mereka sudah tiada.

Justeru, itulah keunikan mereka kerana mampu berjiran dengan masyarakat Melayu, apatah lagi dapat menyerap budaya di sekeliling mereka.

Ahad, 28 Ogos 2011

Kuih Wajib Makan Bila Aku Sampai Kelantan

Alhamdulillah. Dapat jugak aku makan kuih ni. Memang puas ati. Sedap sangat walaupon manis gile babeng. Haha. Kalo kat KL memang aku tak pernah jumpe lagi. Yang kaler oren tu name die buah tanjung. Yang kuning tu jala emas. Dua2 manis. Silap2 kena potong kaki. Haha


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Selasa, 23 Ogos 2011

Pemain Malaysia dan Queens Park Rangers

"DAPAT BERLATIH PUN DAH CUKUP BAGUS"

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganggap langkah membawa pemain kebangsaan berlatih dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) oleh pemilik kelab itu merupakan satu usaha yang positif.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, walaupun pemain negara tidak dapat beraksi dalam liga tersebut tetapi masih banyak cara lain untuk pemain kebangsaan mendapat kelebihan atas pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd.

"Kita kena sedar bahawa untuk beraksi di EPL adalah sesuatu yang mustahil kerana undang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) hanya membenarkan pemain dari negara yang menduduki ranking dunia 70 ke bawah sahaja untuk bermain di sana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya, walaupun tidak dapat beraksi tetapi pemain kebangsaan masih mempunyai manfaat di atas pembelian syarikat Malaysia ke atas kelab tersebut, misalnya mengadakan kem latihan di sana.

"Kita harus akur walaupun menjadi pemilik kelab tetapi kita tidak boleh melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh FA, jadi fokus utama yang lebih realistik adalah menjalani ujian (trial) ataupun berlatih bersama QPR sahaja,'' ujarnya.

Sementara itu, pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim berkata, terdapat dua alasan yang hampir mustahil untuk menyaksikan Safee muncul sebagai pemain bola sepak Malaysia yang bergaji di EPL iaitu syarat ketat permit kerja bagi warga bukan England dan ranking dunia skuad kebangsaan yang jauh daripada senarai 100 ke bawah.

"Saya dapati Thaksin (Shinawatra, bekas Perdana Menteri Thailand yang pernah beli Manchester City pada 2007) pun tidak mampu menempatkan tiga pemain negaranya (Suree Sukha, Kiatprawut Saiwaew dan Teerasil Dangda) dalam pasukan utama The Citizens.

''Mereka tidak pernah bermain langsung dan ia mungkin kerana kuasa mutlak pengurus pasukan (ketika itu, Sven-Goran Eriksson) yang lebih memahami percaturan permainan," jelasnya.

*SUMBER UTUSAN

Ulasan RizalJefri : Kalo nak naikkan ranking Malaysia, diminta supaya FAM tidak menunjukkan sikap "LAPA PITIH" dengan menganjurkan perlawanan sarkas cam aritu. Perlawanan dengan kelab cm Arsenal, Chelsea, Liverpool dan paling menarik, skuad "PALING KUAT" di Malaysia iaitu Selangor. Semua perlawanan ngn team2 aku sebutkn tu takde ape2 hasil pon. Hanya utk duit semata2. Dan menjatuhkan imej skuad Harimau Malaya selaku juara AFF 2010. Arap2 "Sultan Bola" boleh bagi nasihat kepada "Pemimpin" FAM tu. Sekian dari saya, Rizal Jefri. Dengan izin. Hahahahahaha. Tu Rizal Hashim la :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Isnin, 22 Ogos 2011

Kisah Rumah Hantu Di Seksyen 2, Shah Alam


Korang pernah dengar cerita pasal rumah berhantu kat seksyen 2 Shah Alam? Haaa. Aku pernah bace tapi tak taw la percaye ke tak. Haha. Tapi dengar2 rumah ni dah dirobohkan. Taktaw la betol ke x. Ni cerita pasal rumah tu. Selamat membaca. :)

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!


Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la..

Nanti Uncle Seekers boleh la g jenguk2 rumah tu ek. Kot2 jumpe ape2 yang bes ke. Hahaha.

Ahad, 21 Ogos 2011

Photography Outing Raya

Assalamualaikum semua!
Selamat ari isnin. Perghh, rase macam sabtu ahad aku 12 jam je. Spatotnye 48 jam. Haishh. Tak puas menikmati wiken yg indah, isnin dah muncul. Semalam aku join 2 outing. Perghh. Tak boleh blah. Haha. Dua2 photoshoot tu tema raya. Walaopon dalam bulan puasa, lansung tak menghalang aku utk aktif dlm outing2 neh. Hahahaha. Taknak kalah! :)

Event pertama kat Tasik Perdana. Event percuma yang dihadiri oleh ntah brape ramai photog, talent ngn MUA. Memang puas ati. Tapi aku sempat shoot sorang talent je. Sebab aku rushing utk 2nd photoshoot plak. Haha. Gambar photoshoot kt Tasik Perdana pon aku tak edit lagi. Lansung tak sentuh sbb penat. Haha. Nanti ade mase aku upload la ek. Mesti upload la. Jangan risau. Cuma bile aku upload tu, jangan tanya. Haha.

Event kedua plak kat Tasik Titiwangsa anjuran Oh! Photography. Organizer plak memang otai dalam bidang potraiture. Before event tu, die cakap ade kejutan. Haha. Aku ingatkn dia bawak Amy Mastura. Rupenye die bawak bro Ted Adnan. Korang kenal tak? Haha. Ted Adnan neh otai dalam dunia photography Malaysia. Antara photographer yg disegani jugak la. International jgk bro Ted neh. Walaopon femes, die tak kedekut ilmu. Macam2 die aja. Tapi ajar orang lain la. Haha. Aku tak sempat nk tanye2 die sbb die bz sgt + aku segan. Haha. Yang aku bangga ngn bro Ted Adnan ni, die rilek je orangnye. Imaginasi tinggi. Sekejap je die dpt idea utk composition. Memang tak terlintas kt kepala aku. Haha. Lagi 1, ayat2 die sgt cool. Haha. Aku tertarik ngn 1 ayat die mase die nak promote kursus yg die akan wat september ni. Kalau nak blaja lighting, cari Ted Adnan. Guna direct flash pon boleh. Haha. Rilek je kan. Lagi 1, kalau nak blaja fine art, still life atau kata lain anti-sosial photography, cari otai dlm bidang tu. Hahahaha. Anti-sosial photography tu yg xleh blahnye. Haha. Dengar kt otai2 fine art cm bro Manic Mind ngn Chot memang kecik la ati mereka. Haha.

Ade 1 gmbr yg sempat aku edit semalam. Hehe. Gambar ni aku blaja dr bro Abg Jay. Antara sifu2 lighting kt KL neh. Haha. Sporting, xkedekot ilmu dan peramah. Siap bagi aku pinjam trigger lg. Haha. Nanti lepas raya kalau ade rezeki lebih, insyaallah aku nk beli jgk trigger dan 1 lagi speedlight. Hehe. Nak blaja shoot indoor plak. Pastu alang2 kumpul duit, maw angkat wide lens la 1. Kalo ade rezeki la. Haha. Ok lah, babai semua. Selamat ari raya. Heheh :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Rabu, 17 Ogos 2011

Perlawanan Persahabatan The Red Warrior vs Red Giant

Salam,
Aku baru balik dari Shah Alam lepas layan friendly match TRW ngn Red Giant. Red Giant tumbang di gelanggang sendiri. Haha. Macam pengulas sukan pulak. Gol kemenangan TRW dijaringkan oleh Alex a.k.a Azamudin, pemain yang dipinjam dari skuad Pahang utk menghadapi Piala Malaysia. Cemane gol tu aku xtaw plak sebab aku sampai lewat. Tengah2 jalan nak masok stadium dah dengar sorakan gemuruh dari fan TRW. Gol dijaringkan pada minit ke 20 mungkin. Haha.

Yang nak diperkatakan disini ialah pasal tiket perlawanan. Dah la FAS (persatuan bola sepak selangor) kenakan tiket RM5. Lawan Harimau Malaya aritu pon FREE je masok. Tibe2 lawan TRW nk cas plak. Memang nampak terang2 la nak ambik kesempatan. Maklumlah, korang semua kan tahu kalau match melibatkan TRW, penyokong mesti ramai la. Tak kira main kat mana pon. Masa lawan Kuala Lumpur kt stadium Selayang aritu pon kena bayar jugak. RM10 plak tu. Haishh. Duit punya pasal. Lagi 1 hal, tiket RM5 yang FAS bagi tu plak ialah tiket match Selangor ngn Persib (kelab dari Indon) yang bertarikh 31 Julai 2009. Boleh tahan jugak FAS neh. Duit nak, tapi tiket taknak print. Macam ni punya persatuan pon ade jugak ke? Bodoh tak bertempat. Haishhh. Geram tol aku.

Tak kesah brape2 pon HANJING bola sepak nak caj, penyokong TRW tetap ramai yang datang. Sampai penoh parking kt stadium Shah Alam tadi. Rupe macam final. Padahal baru friendly. Haha. Kalo nk compare ngn penyokong Selangor, jauh beza kot. 1/10 dari penyokong TRW je kot. Haha. Dalam FB kecoh ape bagai, last2 takde pon kt stadium. Hey lu sembang laaaa!!!! Haha


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Selasa, 16 Ogos 2011

Spongebob Squarepant

Kartun feveret aku selepas sincan. Haha. Lagu omputih die pon aku tak hafal lagi, da kua lagu versi Kelantan ngn Kedah plak. Haishhh. Cemane aku nak hafal neh? Hahaha


Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge............bob Sluar Kkotok,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok


Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia?Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh...
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob seluaq Petak"
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
"Spanbob seluaq Petak"
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob...seluaq Petak!

Seram - Info Pocong


Haaa.. Dengan adanya info ni, harap korang berhati2 la ek. Hahahaha. Terpulang nk percaya ke tak. Tapi aku tak percaya.. Hhahahaha :)


Isnin, 15 Ogos 2011

Sahabat² Yang Lahir Pada Tahon 70 / 80 / 90 - an



Sape² yang lahir pada tahun 70/80/90-an mesti ingat masa sekolah rendah dulu :

  • Kat sekolah ada salesman jual buku cerita.Ari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku itu dah tahu.Salesman susu pun cam tu jugak.Sama jugak dengan salesman jual air Marigold.Ari ni cikgu bagitahu esok ada orang nak datang sekolah jual ari marigold, dapat satu borang, isi dan esok beratur di padang sekolah.
  • Kat library, budak budak memang baca buku tapi just tengok gambar je.Bila ada program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
  • Dulu, ada RMT kat sekolah, berebut orang nak dapat makanan free.Sedap ke tak, xkisah.janji dapat makan free.Tapi yang heran, yang berduit pun join RMT..Sangat tidak paham!
  • Dulu, pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang , pastu ada sharpener lagi kat tengah tengah dia.Ala aku pun ada satu.Tiap tiap beli baru . 
  • Dulu, main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam, padahal fungsi sebenar untuk padam.! Alah aku dulu banyak pemadam.lagi besar pemadam tu lagi hebat.Sumpah betul kan.
  • Dulu, mesti nak pakai pembaris yang bergerigi , kat dalamnya ada air pastu ada benda berkilat dalam ari tu.Ala macam glitters tu.Aku selalu beli.comel je.Ala kau lelaki ada jugak kan.
  • Dulu, cikgu pakai pembaris panjang warna kuning. Panjang wey, Ada pemegang kat tengah tengah tapi aku xpenah nampak  cikgu pegang pun kat situ.Ko ada nampak tak.?
  • Dulu, bulu ayam jadi ramping kerana buat rotan pelajar macam aku la.Alahai baru gangster kot.
  • Dulu, bila ada pendidikan seni, semua orang pandai lukis, alah setakat lukis orang lidi kau pun boleh kan, tapi bila time kaler sume hampeh.Apa pun xboley..Ada juga yang terer buat anyaman pakai kertas warna , kolaj la , apa la..
  • Dulu, main game 2D, super contra, super mario , street fighter , sume pakai tape.Kan.?
  • Dulu, um jam tangan Boy London jadi idaman, sebab bole tukar kaler ikut suhu dan cuaca.Haha.tapi aku xder pun jam ni.Gile dulu aku xpandai matematik.
  • Dulu, bila dengar ada suntikan BCG semua cuak, tapi lepas inject poyo la plak, balik skolah beli JOJO xpun Dendang, Tora pun best jugak.Beli semata-mata nak mainan, coklat dia tak makan pun.
  • Dulu femes, kasut berlampu kat tapak, yang iklan dia kat TV bole tembak alien tu.Ganas wey sapa ada time ni. G mana-mana orang mintak sign.
  • Dulu, balik sekolah aku xkan penah miss nak tengok Power Ranggers, Ultraman, Transformers, Maskman, Gaban dan macam-macam lagi. Skarang pon aku layan lagi Shin Chan. Hahaha :)
Tu sume utk zaman² kite je. Budak skang mane ade camtu da. Celik mate layan naruto, bosan² maen PSP, malam² lepak mamak. Ari minggu lepak Times Square. Hahaha. Kenangan oh kenangan :)

Pure Creamery Butter-Golden Churn tidak halal


KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. - Bernama

Ahad, 14 Ogos 2011

My First Buffered Earning

TQ encik Nuffnang. First time ade buffered earning kt blog aku. Aku saje je bejalan kt blog tadi. Terjumpe entry pasal buffered earning (BE) plak. Try la check aku punye. Skali ade sebijik. Hahaha. Tapi takde lah banyak sangat jumlah terkumpul tu. Tunggu je la nanti da banyak. Hahaha :)


PENGAKUAN DAHLIA TECK: LELAKI BERSAMA SAYA DI UNIVERSAL STUDIO BUKAN KHAIRUL FAHMI!


Akhirnya, selepas heboh berita putus tunang Apek ngan (Elia) Jejariruncing disebabkan orang ketiga, iaitu Dahlia Teck. Gambar mereka berpegangan tangan telah tersebar dan mendapat liputan luas. Kini, pihak ketiga yang di dakwa sebagai Dahlia Teck telah tampil memberikan keterangan dan menyatakan lelaki yang bersamanya di Universal Studio Singapore seperti di dalam gambar yang telah tersebar bukanlah Khairul Fahmi! Ya bukan Khairul Fahmi a.k.a apek! 


Mengikut status FB Dahlia Teck, beliau menafikan sekeras-kerasnya bahawa lelaki yang bersamanya di Universal Studio Singapore bukan Khairul Fahmi seperti yang didakwa oleh media dan juga blog-blog gosip...


Betol ke tu bukan Apek? Haishhh...


Haaa.. Akhirnya semua dah terjawab. Korang janganlah nk pening2 pikir lagi ek. Hahahaha. Post hangit ini dibawakan oleh Izzudin.com. Aku pon terkena jugak tadi. Hahaha. Same2 kena la ek. :)

18SX - MARIA OZAWA FULL NAKED


Korang kenal Maria Ozawa? Haishhh. Kalo pompuan tak kenal aku boleh terima. Tapi kalo laki tak kenal, aku boleh hempuk ngn daun pisang. Haha. Sape yang kenal tapi buat2 tak kenal tu, aku nasihatkan jangan jadi hipokrit la. Haha.

Kalo korang rase post ni annoying giler, bagitaw aku ek. nanti aku remove. :)

Aku saje je nak test korang bulan2 pose ni. Menahan lapar sahaja ke skali ngn menahan nafsu. Hahahaha. Aku terjumpe post ni kat blog ni. Teros klik la kan. Hahaha. Aku mengaku aku pantang jumpe title pelik2 gitu. Teros klik tanpa pikir 3 4 kali da. Hahahahaha.


Aku dengar2 kalo buat post pasal ni, boleh dapat hit tinggi. Haha. Tapi aku ade terbaca kt blog tah dari mane mengatakan  budak2 skang mencari jalan mudah nk dapatkan hit tinggi. Letak keyword sex la ape bagai. Padahal tajok je yg gempaknye. Haha. Aku pon nak test jgk la :)

Ok bagi siapa yang nak tengok gambar bogel Maria Ozawa, jom kita layan sama-sama kat bawah ni ye. Ni pun aku ambil daripada blog Firdaus Life. Tapi ni sekadar untuk test kemampuan blog je. Dah dah , jom layan sama-sama gambar di bawah ni.



Wordless :)


Persatuan Atau Stadium Cari Untung?

Menganjurkan sebarang perlawanan menentang The Red Warriors nyata memberi keuntungan kepada Persatuan Bola Sepak Tempatan dan pihak Stadium.

Apa tidaknya, kegilaan para Tentera Merah menyerbu setiap venue perlawanan memberikan peluang kepada persatuan dan stadium untuk mengutip bayaran melalui kutipan tiket.

Terbaru, tindakan yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenakan "charge" untuk perlawanan persahabatan mereka menentang Kelantan.

Peliknya, perlawanan pemanas badan lain termasuk empat pasukan kelab dan satu pasukan negeri dalam liga Malaysia, langsung tidak dikenakan sebarang bayaran.

Benar, kedua-dua persatuan berhak untuk mengenakan bayaran dalam perlawanan tersebut tetapi mengapa tidak dengan perlawanan lain. Adakah tindakan ini kerana mengambil kesempatan dengan keghairahan para penyokong Merah Putih untuk turun beramai-ramai melihat pasukan kesayangan mereka beraksi.

Atau ada pakatan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengaut sedikit keuntungan hasil perlawanan tersebut.

Tak mungkin pihak stadium yang mengenakan tiket perlawanan kecuali ada pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan dengan mudah apabila melihat sambutan ramai pihak atas perlawanan yang akan diadakan.

Penyokong Kelantan tidak pelik untuk membayar RM5 kerana mereka sudah bertahun-tahun menghabiskan purata RM100 untuk setiap perlawawan membabitkan The Red Warriors.

Setakat wang sekecil itu, mereka tidak teragak-agak untuk membayar dan datang ke Stadium semata-mata tidak mahu terlepas dari memberikan sokongan tidak berbelah bahagi buat pasukan kebanggaan.

Tetapi janganlah ada pihak yang mengambil kesempatan kerana keghairahan para penyokong untuk hadir adalah untuk memberikan sokongan kepada pasukan tempatan bukan semata-mata menghabiskan masa luang. - Sumber dari RedsfcNews :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Lawak Pagi Ahad :)

Suatu hari di bilik pembedahan.

Gadis : Hari ni sy akn mnjalani pembedahan jantung.
Jejaka : Sy tahu, I love you. :')
Gadis : I love you too. ♥

(Bila sedar dari pembedahan, gadis tengok jejaka takde . Tp ayah die je yg ade)

Gadis : Mane BF sy ayah?
Ayah : Siti tahu tak siapa yg dermakan jantung untuk Siti ? :(
Gadis : Apaaaaa? ( Terus menangis ) T__T

Ayah : Hehe.. takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas. ;D

*bangon tido tadi aku bukak fb, ngn mata bukak sebelah, aku terbaca lawak ni. Teros tergelak sorang2. Hahahahaha. Teros bangon walaupon aku ngantok gile babeng. Terbaek!!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Chelsea Chelsea!!

Weewiiitt!!
Boleh tahan jugak jersi baru Chelsea neh. Ni jersi ke-3 The Blues. 1st jersi cam biasa r. Kaler mesti biru. Nanti aku rasa nak beli yang putih ni plak. Baru nampak bergaya. Haha. Tapi risau jugak takot kotor2. Aku ni kn comot. Haha

Tak sabar aku nak tengok match pertama Chelsea malam esok. Berdasarkan perlawanan pertama team lain, nampak macam kureng je. Liverpool seri 1-1. Arsenal seri 0-0. Haishhh. Yang menang bergaya, Bolton je. Menang 4-0. Boleh tahan jgk Bolton neh. Haha. Match antara Tottenham ngn Evertos ditunda. Tak taw ape sebab. Mungkin sebab rusuhan kot. Haha. Aku maen teka je tu. Korang jgn percaya 100% plak. Haha.


*amacam template baru aku? Nampak bergaya x? Ahaha. Aku tengok template ridhuantee punye blog. Pastu nampak cam bergaya je. Simple. Ala2 wordpress. Haha.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Hepi Besday To Me!!


Hepi besday to me!!
Hepi besday to me!!
Hepi besday to Jajan!!
Hepi besday to me!!
(Clap clap clap)

Hahahaha. Saat yg aku nanti selama ni dah muncul. Eksperimen aku sudah menampakkan hasil. Takde sorang pon yang post kt wall FB aku. Haha. Terbukti kalo takde FB, takde sape yg ingatkan kita. Takde sape yang ambik tahu pasal kita. Ahaha. Aku tak rase terkilan lansung sebab sume ni mmg aku rancang. Haha.

Niat bukan nak ape pon sebenarnya. Aku takkan dendam la ngn kawan2 sume. Jangan risau. Besday sape2 yang aku rase nak wish, aku akan wish. Tak kira kt wall sape2 pon. Hahahaha. Tak gitu Kak Chik ngn Fiza? (Kotye dorang bace blog aku) haha.

Lagi 1, korang ingat tak tarikh lahir parent korang? Kalo tak ingat, memang bole hempuk ngn kasot la kot. Haha. Korang ingat tarikh lahir adik bradik korang? BF/GF korang? BFF korang? Kalo takde FB, korang ingat tak? Insyaallah tak kn? Hahahaha. Bukan nak bangga, tapi kenyataan. Haha. No IC parent ngn adik bradik aku pon aku ingat taw. Sebab aku sayang dorang. Haha. Sape2 yang aku ingat tarikh lahir die, maksudnya aku TAKNAK korang hilang dari aku.

TQ


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Isnin, 1 Ogos 2011

Doa Buat Kekasih

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

Kredit to Jejariruncing (takleh nk letak link la pulak)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.
 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri