Selasa, 31 Julai 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Arini dah 1 Ogos 2012. Sudah brape bulan tak update blog ni. Bukan takde masa. Tapi malas. Lagipon takde sape yang baca blog ni. Haha.

Pejam celik, dah nak masok minggu ke-2 kite puasa. Hurmm. Baju raya ntah kemana. Lansung takde semangat nak beli baju raya sebab saya tak dapat cuti. Raya pon kena keje jugak. Biasalah, pengorbanan adalah antara titik-titik perjalanan utk mencapai kejayaan. So terpaksa la keje walaupon tak ikhlas. Haha. Sepanjang puasa ni, baru 2x saya jejak kaki ke bazaar ramadhan. 1 kat bandar baru ampang, 1 lagi kat bazaar muhibah taman dagang. Dua2 tempat saya jejak kaki tu adalah antara bazaar ramadhan yang cekik darah bagi saya. Maklumlah, gaji kecik. Pembelanjaan kena jimat2. Semua barang2 kat situ adalah mahal. Keenakan makanan adalah sangat tidak berbaloi ngn harga yang diletakkan. Nak taknak, terpaksa ku telan jua. Bile dalam keadaan macam ni, sy pon tringat bazaar ramadhan kat kampong saya. Harga sgt berbeza walopon harga makanan dah naik. Tapi tak kesah sangat sebab makanan sedap2. Berbaloi sangat2 lah.

Taon ni saya tak dapat makan kuih Jala Emas, Buah Tanjung dan Nekbak Siro. Sebab sy tak balik kampong. Itu adalah makanan wajib saya beli taim pegi bazaar. Tak lupa juga Air Tuak. Perghhh! Kalo ade sape2 yang baca entry ni n rasa kesian kat saya, boleh PM saya mintak alamat n pos kat saya makanan2 kegemaran saya tu. Jasa baek pihak anda amatlah dihargai. Malas la nak taip panjang2. Bikin gua rasa sayu je. Rindu kampong halaman. Hurmm. Babai!!

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir & batin dari saya, Mohd Hasrizal Jefri. :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Like Our Facebook Page:
https://www.facebook.com/pages/wnr-collection/199652276771017

Tiada ulasan:

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri