Selasa, 21 Ogos 2012

Presiden FAM Sila Letak Jawatan!

Sempena Piala Malaysia ke-86 yang akan bermula, kita jangan lupa watak-watak yang telah menjahanamkan bolasepak kita, selama 28 tahun memerintah tanpa sebarang kejayaan yang serius, kita memohon agar Presiden FAM bertanggungjawab atas kegagalan yang terjadi dalam bolasepak Malaysia, oleh itu kita harus mengorak satu langkah kehadapan bagi menyuarakan hasrat kita itu kepada Presiden FAM secara teratur tanpa perlu caci maki dengan kita tandatangan "Nota Kecil Kepada Presiden FAM" dan poskan kepada alamat yang tertera sebelum diserahkan kepada pihak berwajib untuk disampaikan kepada Presiden FAM akan hasrat seluruh rakyat bolasepak Malaysia ini.

Mudah sahaja;

1) Klik pada link yang diberikan, Nota BM atau Nota English
2) Muat turun, cetak kemudian baca dan fahamkan
3) Tandatangan dan masuk ke dalam sampul kemudian tulis alamat
4) Lekat setem dan poskan

Ianya memerlukan sedikit tenaga serta modal kecil untuk setem dan sampul surat daripada anda namun bolasepak Malaysia sekarang sangat memerlukan anda untuk dibela dari terus dijahanamkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Berjaya atau tidak, kita tidak akan tahu lagi tetapi mengapa tidak mencuba dari kita terus memekik di alam maya ini. Sedikit keberanian diperlukan di sini.

Sebarkan "Nota Kecil Kepada Presiden FAM" kepada kenalan, keluarga, saudara dan sesiapa sahaja yang mencintai bolasepak Malaysia dan ingin melihat bolasepak kita unggul di pentas dunia dan tidak lagi dijahanamkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Ayuh ekor-ekor Harimau Malaya sekalian!!!

AuuUUUuummMMmm!!!

LINK;

https://www.yousendit.com/download/TEhXb3BPK3hEbUpMWE1UQw (BM)

https://www.yousendit.com/download/TEhXb3BPK3hCSnJ2WnNUQw (ENG)

SEBARKAN!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Like Our Facebook Page:
https://www.facebook.com/pages/wnr-collection/199652276771017

Tiada ulasan:

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri