Isnin, 3 Disember 2012

Tips Kurangkan Selera Makan

Makin hari makin teruk. Makin bertambah selera makan aku ni. Walaupon aku cube nk elak, namun aku slalu tewas. Haha. Mane tak nye. Dari opis mmg dah set taknak makan malam ni. Tup2 balik keje singgah kedai makan ngn encik tunang. Tak singgah makan kang takot die lapar plak. Kalo tak singgah kedai ngn encik tunang, aku balik umah tros. Tapi tetap tak selamat jgk. Ade je lauk2 yg menarik kt umah tu. Nak tolak, takot takde orang makan. Kang membazir plak. So macam mana la aku nk diet.

Aku pon rajin2 lah google tips nak kurangkan selera makan. Dan inilah yg aku jumpe. Harap2 berkesanlah. :)

- Makan secara perlahan. Tip yang membantu untuk mkn perlahan adalah makan semasa menonton movie, kira bilangan kunyahan, berbual atau membaca sambil makan.

- Makan hidangan yg kecil dan menggunakan pinggan yg kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.

- Ambil makanan yg tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dll. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.

- Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.

- Jgn membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.

- Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.

- Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk mkn.

- Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.

- Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada didepan mata, akan 'trigger' anda untuk makan


Harap2 aku dapat ikot tips yg aku jumpe ni. Aku letak kt blog ni hanyalah utk peringatan sendiri. Dan utk berkongsi ngn korang sume. Jom diet!! Ahahahahaha :)

* 3 December 2012 berat aku 77kg. Aku harap 3 January 2013 berat aku turun. Xkesah turun brape pon. Tapi aku ade target. Dan ianya adalah rahsia. Hahahaha :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Like Our Facebook Page:
https://www.facebook.com/pages/wnr-collection/199652276771017

Tiada ulasan:

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri