Rabu, 28 September 2011

Korang Tak Nak Tolong Aku ke?

Korang taknak tolong aku ke? Tak susah pon. Tolong click advertising kat blog aku ni je. Hehe. Bile lagi kan korang nk tolong aku. Hahahaha. Stakat ni buffered earning aku dapat ni je. Taktaw la cemane nk naikkan cepat2. Haha. Aku bukan ape. Bukan desprate sangat nak duit nuffnang ni. Tapi nk tengok jumlah click yg banyak. Hahahaha.


Tapi ok la kan dari takde lansung. Haha. Syukur Alhamdulillah :)



Rabu, 21 September 2011

Hahahahambek Kau!!!


Terbaek kan rakyat Malaysia ni. Itu keyword yang dorang slalu google? Haishhh. Kemana akidah? Akhlak? Handdoiiyaiipunnn~~

Outing Fotografi Bersama Alangraphy

Ape2, korang tengok FB Alangraphy.

Jumaat, 9 September 2011

'Ambo Cino Kelate'

Siri 1

CINA yang bukan Cina, Siam pun bukan, jauh sekali Melayu. Itulah gambaran pertama dilontarkan penduduk Kelantan ketika diminta berkongsi mengenai masyarakat Cina Peranakan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Terbukti, kata-kata mereka bukan sekadar tanggapan biasa kerana ia menepati perwatakan masyarakat itu.
Manakan tidak, Cina Peranakan di Kelantan sangat unik dan lain daripada yang lain. Jika berlegar di sekitar perkampungan kecil sekitar Kelantan, terutama di sepanjang pesisir Sungai Kelantan, pasti sukar untuk mengenal pasti siapa Melayu, Cina atau Siam. Semuanya sama saja.
Bukan setakat bahasa pertuturan, malah pakaian, makanan dan rupa paras tidak ada bezanya dengan orang Melayu. Kulit orang Cina Peranakan kebanyakannya sawo matang. Mata tidak terlalu sepet seperti kebanyakan orang Cina lainnya. Lebih mengelirukan, bahasa Melayu loghat Kelantan mereka sangat pekat dan lancar.

Lebih menambah kekeliruan, hampir semua orang Cina Peranakan yang ditemui penulis memulakan perbualan dengan ‘Assalamualaikum’ selain turut diselitkan ‘Alhamdulillah’ dan ‘Insya-Allah’ ketika berbual. Ditambah dengan kain sarung yang tak lekang dari tubuh, proses mengenal pasti bangsa mereka menjadi semakin rumit.

Sudahnya, penulis terpaksa bertanya adakah mereka Melayu atau Cina dan semuanya akan tertawa dulu sebelum menjawab dalam loghat pekat Melayu Kelantan - “Kawe Cino. Bakpo demo tok ce kawe ni Cino?” (Saya Cina. Kenapa pula awak tak cam yang saya ni Cina).

Pasti setiap kali jawapan begitu keluar dari mulut mereka, lantas rasa malu mula terasa di hati penulis dan sesi perbualan menjadi tersekat-sekat. Namun, apabila proses temubual diteruskan, secara perlahan-lahan datang rasa lupa bahawa di depan itu seorang Cina kerana mereka lebih Melayu daripada Melayu sebenar.
Tidak ada sepatah pun bahasa Cina digunakan meskipun berbual dalam kalangan mereka sendiri. Pendek kata, bahasa Melayu Kelantan boleh diangkat sebagai bahasa rasmi mereka. Ketika ditanya, mereka sebenarnya bukan tidak tahu bahasa Cina atau bahasa Hokkien iaitu asal keturunan mereka. Jika mereka berbahasa Hokkien, pasti nahu dan tata bahasanya akan tunggang langgang sekali gus memeningkan kepala.

Lupakan seketika keunikan itu kerana ada persoalan yang mahu dikupas mengenai siapa sebenarnya mereka. Adakah Cina Peranakan di Kelantan wujud akibat campuran budaya yang menebal selepas membesar dalam kelompok masyarakat Melayu atau sememangnya mereka mempunyai darah perkahwinan campur antara orang Cina Hokkien dengan orang Melayu dan mungkin juga Siam?

Pengerusi Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law Awang, 60, menafikan tanggapan kedua. Beliau mempunyai keyakinan bukan semua orang Cina Peranakan atau juga dikenali Cina Kampung mempunyai darah perkahwinan campur dengan orang tempatan sama ada Melayu atau Siam.

“Tidak semua. Memang ada sebahagian nenek moyang kami yang memasuki Kelantan sejak ratusan tahun dulu pernah berkahwin dengan orang Siam tempatan tetapi tidak semua. Ada yang berkahwin dengan wanita di China dan berhijrah ke sini, seterusnya tinggal di pesisir sungai seperti orang lain.

“Saya melihat kewujudan masyarakat ini lebih kepada campuran budaya dengan orang Melayu dan Siam. Selepas beratus-ratus tahun mewujudkan generasi kedua dalam kelompok masyarakat asal itu, ia sekali gus mengubah budaya dan cara hidup orang Cina Kampung kepada budaya tempatan.

“Sebenarnya, istilah Cina Peranakan pun baru saja diberikan pengkaji, Prof Dr Tan Chee Bee. Sebelum ini, kami dikenali pelbagai gelaran seperti Poa Teng Huan (separuh Cina, separuh Melayu) dan Poa Teng Siam (separuh Siam) oleh orang Cina Bandar.

“Orang Melayu pula mengenali kami sebagai Cina Kampung, Cina Kelantan atau Cina Kita. Masyarakat ini wujud bukan disebabkan darah keturunan perkahwinan campur tetapi siapa saja yang ibu bapanya lahir di Kelantan, anak mereka pun lahir di Kelantan serta mengamalkan cara hidup Melayu layak digelar Cina Peranakan,” katanya.

Namun, di sebalik penafiannya mengenai masyarakat itu bukan berdarah keturunan Cina dan Siam, ada satu persoalan yang sukar untuk beliau sendiri huraikan. Jika benar Cina Peranakan hanya mendapat gelaran itu disebabkan campuran budaya dan cara hidup, bagaimana pula wajah mereka mirip Melayu atau Siam?

Jika orang Cina lain mempunyai kulit putih melepak, kebanyakan Cina Peranakan berkulit sawo matang. Bentuk muka juga langsung tidak sama dengan Cina lain. Sekali pandang, sukar untuk mempercayai mereka adalah orang Cina kecuali selepas melihat kad pengenalan mereka.

Nama mereka juga tidak melambangkan Cina sebenar dengan ada yang menggunakan nama Awang, Dollah dan sebagainya. Justeru, jika benar tiada campuran darah Siam atau Melayu, mana mungkin mampu merubah karakter wajah Cina semata-mata kerana percampuran budaya?

“Susah untuk mendefinisikan masyarakat ini. Apa yang pasti Cina Peranakan merujuk masyarakat Cina Kampung yang mengamalkan budaya hidup kampung seperti orang Melayu dan Siam. Dalam perlembagaan persatuan misalnya, selain sekurang-kurangnya dua generasi lahir di Kelantan, menggunakan bahasa Cina Kampung dan Melayu Kelantan, individu itu juga mesti berbudaya Cina Kampung untuk layak digelar Cina Peranakan.

“Namun, kami akui wajah kami ada mirip orang Melayu dan Siam. Saya juga setuju ramai nenek moyang kami dulu berkahwin dengan orang Siam tetapi saya difahamkan tidak semua. Tapi... bagaimana pula wajah kami tidak nampak seperti Cina,” keluh Law Awang sambil mengerutkan dahinya.

Persoalan yang sukar untuk dihuraikan kerana tidak ada bukti sejarah bertulis untuk memperincikan punca kewujudan masyarakat ini. Berbeza dengan Jawi Peranakan (Melayu Peranakan) di Pulau Pinang atau Chetti Melaka (Hindu Peranakan) yang jelas wujud kerana perkahwinan campur orang dari India dengan anak tempatan terutama Melayu.

Apapun, Cina Peranakan tetap unik dan sukar untuk ditemui di mana-mana. Loghat Melayu Kelantan itu sendiri sudah terlalu unik, ditambah pula apabila ia dituturkan oleh orang Cina tanpa sebarang bunyi pelat. Karakter dan perwatakan mereka ada kalanya kelihatan lebih Melayu daripada Melayu sendiri.

Permainan wayang kulit menjadi kegemaran mereka. Malah, ada beberapa tok dalang dalam kalangan masyarakat itu dengan dua daripadanya sudah dikenali di Kelantan. Jika kita berada di depan pentas mendengar celoteh Tok Dalang yang melontarkan dialog watak wayang kulit, pasti tidak tahu ia dikeluarkan dari mulut seorang Cina!

Begitu juga jika merayau di sekitar kampung. Jangan terkejut melihat semuanya (kecuali orang muda) berkain sarung (batik atau pelikat). Wanita menyapu sampah di halaman berkain batik dan suaminya pula leka membaca akhbar berbahasa Melayu berkain pelikat.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga dalam kalangan mereka mahir menulis dan membaca tulisan Jawi. Terpegun seketika penulis apabila berjumpa dengan beberapa warga emas Cina Peranakan yang petah berpantun sambil seorang lagi mengarang kembali pantun itu dengan tulisan Jawi. Hebat! Orang Melayu pun tidak ramai pandai menulis Jawi.

Mereka masih mendiami kawasan pesisir sungai kerana meneruskan cara hidup sejak dulu iaitu bertani. Tidak ramai berpindah ke bandar kecuali golongan muda yang memilih untuk mengubah taraf hidup sendiri. Namun, dengan hidup bertani, mereka sudah dianggap mewah kerana memiliki tanah puluhan ekar dengan kebanyakannya memfokuskan kepada tanam padi dan buah salak. - Bersambung esok.

Seramai 16,000 diami negeri Siti Wan Kembang

GELARAN Cina Kampung atau Cina Kita diberikan kepada masyarakat Cina Peranakan di Kelantan sejak berzaman lamanya oleh masyarakat Melayu dan Siam. Ada juga yang menggelar mereka Cina Kelantan. Gelaran Cina Peranakan dikatakan baru saja diberikan seorang pengkaji, Dr Tan Chee Beng.

Merujuk gelaran yang pernah diberikan orang Melayu dulu dan masih selesa digunakan hingga kini, jelas menunjukkan latar belakang masyarakat Cina berbudaya Melayu itu yang mendiami kawasan kampung di pesisir sungai Kelantan.

Mereka memang orang Cina di kampung. Budaya dan rutin hidup mereka cara orang kampung. Makanan, pakaian, pertuturan dan apa saja yang dilakukan saban hari adalah cara orang kampung. Hanya agama yang membezakan mereka dengan orang Melayu, selebihnya sama saja.

Mereka makan masak lemak, nasi kerabu, sambal belacan, jering dan apa saja masakan orang Melayu. Mereka berkain sarung di rumah. Malah, mereka juga percaya kepada bomoh, antara kepercayaan yang sinonim dengan orang Melayu atau Siam.

Di Kelantan, ada 47 kampung tradisional yang sejak dulu didiami masyarakat berketurunan Cina dan dikatakan penempatan itu bermula sejak 600 tahun dulu dengan kebanyakannya terletak di tebing sungai dari Kota Bharu hingga ke Gua Musang dalam jarak lebih kurang 180 kilometer.

Mengikut rekod Persatuan Peranakan Cina Kelantan, ada hampir 16,000 Cina Peranakan di Kelantan dengan hanya hampir 2,000 daripadanya sudah berhijrah dan menetap di bandar, manakala sebahagian besarnya masih kekal di kampung.

Kampung Mata Ayer di jajahan Machang menjadi kampung dengan penempatan paling ramai iaitu lebih kurang 2,000 orang, diikuti Kampung Kulim, Kampung Dusun Pulai dan Kampung Pasir Parit yang penduduknya dianggarkan lebih kurang 1,000 orang.

Uniknya, penempatan mereka di kebanyakan kampung dibina secara terancang dan tersusun. Jika kita menjengah ke kebanyakan lokasi perkampungan sekitar Kelantan, tidak disangka ada orang Cina di situ kerana kebiasaannya akan melalui deretan rumah orang Melayu.

Selepas meneroka ke kawasan lebih dalam iaitu sehingga ke tebing sungai, baru kelihatan ada rumah dihiasi tanglung atau patung Buddha. Paling tidak pun, tulisan Cina berwarna merah menghiasi pintu rumah kampung yang coraknya seakan-akan rumah Melayu, cuma atapnya lebih runcing.

Kekeliruan pasti timbul kerana meskipun sudah melalui kawasan deretan rumah yang dihiasi objek orang Cina, sukar untuk membezakan mereka kerana ada berwajah Melayu atau Siam. Jika disapa, pertuturan mereka tidak langsung melambangkan orang Cina kerana pelat mereka sudah tiada.

Justeru, itulah keunikan mereka kerana mampu berjiran dengan masyarakat Melayu, apatah lagi dapat menyerap budaya di sekeliling mereka.

Ahad, 28 Ogos 2011

Kuih Wajib Makan Bila Aku Sampai Kelantan

Alhamdulillah. Dapat jugak aku makan kuih ni. Memang puas ati. Sedap sangat walaupon manis gile babeng. Haha. Kalo kat KL memang aku tak pernah jumpe lagi. Yang kaler oren tu name die buah tanjung. Yang kuning tu jala emas. Dua2 manis. Silap2 kena potong kaki. Haha


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Selasa, 23 Ogos 2011

Pemain Malaysia dan Queens Park Rangers

"DAPAT BERLATIH PUN DAH CUKUP BAGUS"

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganggap langkah membawa pemain kebangsaan berlatih dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) oleh pemilik kelab itu merupakan satu usaha yang positif.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, walaupun pemain negara tidak dapat beraksi dalam liga tersebut tetapi masih banyak cara lain untuk pemain kebangsaan mendapat kelebihan atas pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd.

"Kita kena sedar bahawa untuk beraksi di EPL adalah sesuatu yang mustahil kerana undang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) hanya membenarkan pemain dari negara yang menduduki ranking dunia 70 ke bawah sahaja untuk bermain di sana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya, walaupun tidak dapat beraksi tetapi pemain kebangsaan masih mempunyai manfaat di atas pembelian syarikat Malaysia ke atas kelab tersebut, misalnya mengadakan kem latihan di sana.

"Kita harus akur walaupun menjadi pemilik kelab tetapi kita tidak boleh melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh FA, jadi fokus utama yang lebih realistik adalah menjalani ujian (trial) ataupun berlatih bersama QPR sahaja,'' ujarnya.

Sementara itu, pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim berkata, terdapat dua alasan yang hampir mustahil untuk menyaksikan Safee muncul sebagai pemain bola sepak Malaysia yang bergaji di EPL iaitu syarat ketat permit kerja bagi warga bukan England dan ranking dunia skuad kebangsaan yang jauh daripada senarai 100 ke bawah.

"Saya dapati Thaksin (Shinawatra, bekas Perdana Menteri Thailand yang pernah beli Manchester City pada 2007) pun tidak mampu menempatkan tiga pemain negaranya (Suree Sukha, Kiatprawut Saiwaew dan Teerasil Dangda) dalam pasukan utama The Citizens.

''Mereka tidak pernah bermain langsung dan ia mungkin kerana kuasa mutlak pengurus pasukan (ketika itu, Sven-Goran Eriksson) yang lebih memahami percaturan permainan," jelasnya.

*SUMBER UTUSAN

Ulasan RizalJefri : Kalo nak naikkan ranking Malaysia, diminta supaya FAM tidak menunjukkan sikap "LAPA PITIH" dengan menganjurkan perlawanan sarkas cam aritu. Perlawanan dengan kelab cm Arsenal, Chelsea, Liverpool dan paling menarik, skuad "PALING KUAT" di Malaysia iaitu Selangor. Semua perlawanan ngn team2 aku sebutkn tu takde ape2 hasil pon. Hanya utk duit semata2. Dan menjatuhkan imej skuad Harimau Malaya selaku juara AFF 2010. Arap2 "Sultan Bola" boleh bagi nasihat kepada "Pemimpin" FAM tu. Sekian dari saya, Rizal Jefri. Dengan izin. Hahahahahaha. Tu Rizal Hashim la :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Isnin, 22 Ogos 2011

Kisah Rumah Hantu Di Seksyen 2, Shah Alam


Korang pernah dengar cerita pasal rumah berhantu kat seksyen 2 Shah Alam? Haaa. Aku pernah bace tapi tak taw la percaye ke tak. Haha. Tapi dengar2 rumah ni dah dirobohkan. Taktaw la betol ke x. Ni cerita pasal rumah tu. Selamat membaca. :)

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!


Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la..

Nanti Uncle Seekers boleh la g jenguk2 rumah tu ek. Kot2 jumpe ape2 yang bes ke. Hahaha.

Ahad, 21 Ogos 2011

Photography Outing Raya

Assalamualaikum semua!
Selamat ari isnin. Perghh, rase macam sabtu ahad aku 12 jam je. Spatotnye 48 jam. Haishh. Tak puas menikmati wiken yg indah, isnin dah muncul. Semalam aku join 2 outing. Perghh. Tak boleh blah. Haha. Dua2 photoshoot tu tema raya. Walaopon dalam bulan puasa, lansung tak menghalang aku utk aktif dlm outing2 neh. Hahahaha. Taknak kalah! :)

Event pertama kat Tasik Perdana. Event percuma yang dihadiri oleh ntah brape ramai photog, talent ngn MUA. Memang puas ati. Tapi aku sempat shoot sorang talent je. Sebab aku rushing utk 2nd photoshoot plak. Haha. Gambar photoshoot kt Tasik Perdana pon aku tak edit lagi. Lansung tak sentuh sbb penat. Haha. Nanti ade mase aku upload la ek. Mesti upload la. Jangan risau. Cuma bile aku upload tu, jangan tanya. Haha.

Event kedua plak kat Tasik Titiwangsa anjuran Oh! Photography. Organizer plak memang otai dalam bidang potraiture. Before event tu, die cakap ade kejutan. Haha. Aku ingatkn dia bawak Amy Mastura. Rupenye die bawak bro Ted Adnan. Korang kenal tak? Haha. Ted Adnan neh otai dalam dunia photography Malaysia. Antara photographer yg disegani jugak la. International jgk bro Ted neh. Walaopon femes, die tak kedekut ilmu. Macam2 die aja. Tapi ajar orang lain la. Haha. Aku tak sempat nk tanye2 die sbb die bz sgt + aku segan. Haha. Yang aku bangga ngn bro Ted Adnan ni, die rilek je orangnye. Imaginasi tinggi. Sekejap je die dpt idea utk composition. Memang tak terlintas kt kepala aku. Haha. Lagi 1, ayat2 die sgt cool. Haha. Aku tertarik ngn 1 ayat die mase die nak promote kursus yg die akan wat september ni. Kalau nak blaja lighting, cari Ted Adnan. Guna direct flash pon boleh. Haha. Rilek je kan. Lagi 1, kalau nak blaja fine art, still life atau kata lain anti-sosial photography, cari otai dlm bidang tu. Hahahaha. Anti-sosial photography tu yg xleh blahnye. Haha. Dengar kt otai2 fine art cm bro Manic Mind ngn Chot memang kecik la ati mereka. Haha.

Ade 1 gmbr yg sempat aku edit semalam. Hehe. Gambar ni aku blaja dr bro Abg Jay. Antara sifu2 lighting kt KL neh. Haha. Sporting, xkedekot ilmu dan peramah. Siap bagi aku pinjam trigger lg. Haha. Nanti lepas raya kalau ade rezeki lebih, insyaallah aku nk beli jgk trigger dan 1 lagi speedlight. Hehe. Nak blaja shoot indoor plak. Pastu alang2 kumpul duit, maw angkat wide lens la 1. Kalo ade rezeki la. Haha. Ok lah, babai semua. Selamat ari raya. Heheh :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri