Tahniah kepada team Malaysia a.k.a Harimau Malaya kerana telah menewaskan Indonesia semalam. Aku sangat berpuas ati ngn game semalam. Walaopon aku berdiri dari pukol 6 ptg sampai kol 11 malam tu. Hahaha. Semalam kali kedua aku tengok persembahan mantap skuad Harimau Malaya. Memang terbaek la game tu. Walaopon permainan ada sedikit insiden baling mercun, baling botol dan laser. Itu biasalah kan. Taknak ade baling2 mercun ngn botol tu baek g tengok AF la. Hahahaha.
Tapi yang aku tak puas ati nya, fan Indon neh tak reti nk tunduk. Dah kalah pon masih lagi banyak bunyi. Hangen betol ngn prangai dorang neh. Kat FB dah bersepah dah provokasi yang dilakukan oleh fan Indon neh. Korang boleh tengok kat page Ultras Kelantan. Ape masalah dorang sebenarnya ek? Adat la menang kalah. Yang kalah tak boleh terima hakikat yang wat aku menyampah. Asik2 sebot pasal Indon menang 5-1 lawan Malaysia mase perlawanan kumpulan. Spain pon bermula ngn teruk jgk mase World Cup 2010 ari tu. Tapi last2 jadi juara jgk kan. Hahaha. match semalam Malaysia menang 3-0. Membelasah Garuda (burung mitos kebanggaan Indon) dengan bergayanya. Hahaha. 2 gol dijaringkan oleh Safee Sali dan 1 gol dari Mohamad Ashari Samsudin.
Lagi satu aku nak cerita kat korang, fan Malaysia memang gempak. Macam match kt Europe plak. Ngn flare ape sume tu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya. Mereka akan bergendang, menyorak dan menyanyi tanpa henti sepanjang 90 minit perlawanan tanpa menghiraukan apa jua keputusan walaupun keputusan tidak memihak kepada Malaysia. Memang terbaek la fan bola sepak Malaysia. Tabik untuk kamu semua fan Malaysia!!!
Kat bawah ni ade sikit gambar yang sempat aku snap mase match semalam. Layan~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan