Sabtu, 18 Disember 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah



Semalam aku pegi tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Dengar2 khabar angin cerita ni meletop. Nak jugak aku test kadar letupan cerita neh. Pegi la aku ke MBO Ampang ngn member aku, Mekyah. Beratur tu takde la panjang sangat sebab aku pegi tu awal lagi. Tengok punye tengok, mule2 tu kire ok la. Ade elemen kelakar yang tah ape2. Unsur seram pon boleh tahan la seramnya. Pastu lame2 aku rase cam bosan je cerita ni. Jalan cerita yang entah kemane. 20 minit terakhir tu aku da tak tengok da. Pejam mate, tengok2 orang sebelah yang gelak tanpa sebab, belek2 henset aku. Aku taktaw kenape orang laen boleh gelak sampai nk terkeluar jantung. Ape yang kelakar pon aku tak tahu. Pelik Pelik dan Sangat Pelik. Ape2 pon aku ade sediakan sinopsis cerita ni yang aku cari2 kat pakcik Google.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah Kesinambungan daripada filem ‘Zombi Kampung Pisang’, filem ini Masih lagi mengekalkan genre komedi seram, filem ini juga bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.


Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’
Kat bawah ni jugak aku letak skali trailer utk movie ni. Korang layan je la ek. Sape yang tak tengok lagi cite neh, silalah ke pawagam yang berhampiran. Pastu jangan plak nyesal cam aku. Hahahaha.






Aku bagi 3 bintang dari 5 utk movie ni.Ape2 pon, aku support filem melayu kite. Post ni cuma nak bagitaw korang ape yang aku rase je.

8 ulasan:

alahai yana berkata...

yana lah org yg gelak terbahak2 smpi nk pecah jntung tu.. kuar2 je kencing manis yana d buat nye...wakakakaka...
p/s : nsb bek g tgk ngn 'abg' kandung tersayang..if x malu weh~~gelak besar sakan! hahaha

Hasrizal Jefri berkata...

hahaha.. tak sangka orang yang unik tu ialah yana.. mule2 tu ja pon gelak2 jgk.. pastu lame2 cam bosan je.. sbb lawak die tu cam berulang2.. pastu x brape suke yang si lembut ngn wheel caa tu.. hahahaha

alahai yana berkata...

yana suke lah dorg nye dailog " ce cite..ce cite.." smpi skng if yana gune dialog tu mesti abg yana gelak besar.. eh, mak yana ckp, pondan tu pndai berlakon.. sumpah geli gile tgk tgn die..hahaha tp yana bg 5 bintang r.. sbb yana gelak dr iklan lg smpi habis..wakakakaka...

Hasrizal Jefri berkata...

hahaha.. citarasa kite sgt berbeza kan.. iklan sebelom crite tu start lagi bes kot.. hahahaha.. contohnye iklan dobly tu.. hahahaha

snf berkata...

mcm best je cite kak limah.nk tgok nk tgok...

Hasrizal Jefri berkata...

tak tengok lagi ke? citarasa setiap orang berbeza.. n bagi saye, cite ni x bes lansung.. hahaha

mayana berkata...

snf :: tgk lerr... david teoh dpt 4juta tao.. tp 2 alam lg tgi 400juta kan.. muahahahaha
nnt komen lah kt cni pas tgk..

ja :: bak kate seorg pujangga kepada yana, "hanya org gila cm kak limah je akan gelak smpi nk tercabut jantung" hahahaha

Hasrizal Jefri berkata...

hahahaha.. ending tah ape2.. kak limah tu bkn antu.. yang cek nin pon satu.. bosan!!!

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri