Ahad, 30 Januari 2011

Korang kenal tak Danbo?

Penah tengok Danbo tak? Nak tahu pasal Danbo? Hahahaha.. Danbo ni diperbuat dari cadboard je. Tak bernyawa. Tapi cute. Hahaha. Azuma Kiyohiko yang mencipta karekter Danbo ni manga Yotsuba. 


Penampilan pertama Danbo ni dalam chapter 28 Yotsuba. Mengikut cerita sebenar, Danbo ni akan hidup kalo kite masok coin dalam mulut dia. Kalo korang nak tahu lebih lanjut, korang bole la bace Yotsuba. Hahaha. Aku nak cite banyak² pon tak tahu. Sebab aku tak layan Yotsuba. Hahahaha. Yang paling menariknya, Danbo ni ade expression yang unik. Tu yang aku tertarik tu. Kite bole buat macam² pose ngn Danbo. Tapi biar kena ngn konsep photography la.

Kalo boleh, aku pon nak beli jgk si Danbo neh. Cute giler kot. Tapi kat mane ade jual ek? Kena wat survey lagi r aku nampaknye. Huhu. Nanti kalo aku da tahu kat mane nak beli Danbo ni, aku inform kat korang ek.

Kat bawah ni aku ade tunjuk sket kat korang betapa cute nya si Danbo neh. Hahaha.











Aku ade jumpe beberapa video kat Youtube pasan Danbo neh. Korang layan je r ek.





Ahad, 9 Januari 2011

Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25)

 

Tahniah kepada Ana Raffali sebab da menang Anugerah Juara Lagu ke-25 tadi. Lagu yang menang tadi ialah lagu Tolong Ingatkan Aku. Dengar² cite lagu tu dicipta untuk arwah kakak die. Tak taw la plak betol ke tak. Aku tak sempat nak wat research. Hehe. Mula² tadi aku ingatkan Yuna yang menang. Sebab aku minat Yuna. Hehe. Walau ape pon, Yuna tetap terbaek. Adat pertandingan r kan. Menang kalah tu tak boleh dielakkan. Haha. Ni ade video yang aku cari sebelum Ana Raffali menjadi artis. Hehe. Layan~




Lepas tengok Anugerah Juara Lagu ke-25 tadi, baru aku tahu yang si Ana Raffali ni artis Youtube cam Marie Digby. Hehe. Aku pon takde la tahu sangat pasal Marie Digby ni. Tapi slalu la jgk layan lagu die kat Youtube neh. Best jgk la kadang². Hehe.




Korang kenal tak Marie Digby? Kat bawah ni ade serba sedikit video yang aku sempat cari. Hehe. Layan yang ni plak ek. Ngeh3~



Sabtu, 8 Januari 2011

WNR-Collection

WNR-Collection? WNR-Collection?? WNR-Collection??? Ape??


Waaa (buat² terkejot) Kolaberasi di antara Wanie dan Rizal. Hahahaha. Takde la. Ni bisnes kecik² yang dijalankan oleh chenta hatiku, Aku tolong ape yang patot je. Korang boleh la usha² kain pasang dan handbag ( buat mase ni tu dulu yang ade. Tunggu nanti ade macam² plak ) korang boleh usha² kat blog wnr-collection ek. Banyak kain pasang ade kat situ. Korang boleh tengok² la. Kot² nak wat stock baju raye kan. Mane taw kot² jodoh korang ngn kain ade kat sane. Hahaha. Raye cine pon da nak dekat da neh. Baek korang beli cepat². Nanti da dekat nak raye, makcik tukang jahit da tak amik tempahan da. Hahahaha. Melainkan korang boleh jahit sendiri baju korang tu.

Aku nak tunjuk sket beberapa design kain yang ade kat wnr-collection ni. Kalo nak tengok laen² design, korang layan sendiri la ek. Hehe.




Untuk handbag Coach plak, aku letak beberapa gambar je la ek. Nak letak sume cam banyak sangat. Hehe. Korang bole layan sendiri la ek. Zassss~



Rabu, 5 Januari 2011

Kenyataan Karam Singh Walia


KUALA LUMPUR - Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.

Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.

"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.

Sumber:Kosmo! Online - Negara

*Kot ye nak tego orang salah parking pon takkan gune ayat camtu kan. Adoiyaiii.

Selasa, 4 Januari 2011

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri