Ombak Rindu? Hahahaha. Tak pernah dengar sebelom ni. Tibe2 aku tertarik nak tahu pasal cerita ni. Sebab status kawan2 kt fb macam menarik je. Ade yang tak sabar ape sume. Hahahaha. Google punye google, terjumpa la kisahnya. Ianya diadapatasi dari sebuah novel. Dengar cite, novel ni memang femes dikalangan pembaca novel. Aku tak tahu sangat sebab aku tak baca novel. Hahahaha. Pengarah filem ni pulak pengarah yang sama utk filem Lagenda Budak Setan. Mungkin sebab pengarah tu kot aku jadi tertarik. Aku suke cerita lagenda Budak Setan tu. Die punye angle camera pon boleh tahan canteknya. Korang tahu tak bile filem ni ditayangkan? Aku bagi sinopsis je. Tak bagi tarikh tayangan. Hahahaha. Kepada sesiapa yang tahu, mohon share bersama. Heheheheh.
Sinopsis
Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan