Ahad, 28 Ogos 2011

Kuih Wajib Makan Bila Aku Sampai Kelantan

Alhamdulillah. Dapat jugak aku makan kuih ni. Memang puas ati. Sedap sangat walaupon manis gile babeng. Haha. Kalo kat KL memang aku tak pernah jumpe lagi. Yang kaler oren tu name die buah tanjung. Yang kuning tu jala emas. Dua2 manis. Silap2 kena potong kaki. Haha


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Selasa, 23 Ogos 2011

Pemain Malaysia dan Queens Park Rangers

"DAPAT BERLATIH PUN DAH CUKUP BAGUS"

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganggap langkah membawa pemain kebangsaan berlatih dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) oleh pemilik kelab itu merupakan satu usaha yang positif.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, walaupun pemain negara tidak dapat beraksi dalam liga tersebut tetapi masih banyak cara lain untuk pemain kebangsaan mendapat kelebihan atas pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd.

"Kita kena sedar bahawa untuk beraksi di EPL adalah sesuatu yang mustahil kerana undang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) hanya membenarkan pemain dari negara yang menduduki ranking dunia 70 ke bawah sahaja untuk bermain di sana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya, walaupun tidak dapat beraksi tetapi pemain kebangsaan masih mempunyai manfaat di atas pembelian syarikat Malaysia ke atas kelab tersebut, misalnya mengadakan kem latihan di sana.

"Kita harus akur walaupun menjadi pemilik kelab tetapi kita tidak boleh melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh FA, jadi fokus utama yang lebih realistik adalah menjalani ujian (trial) ataupun berlatih bersama QPR sahaja,'' ujarnya.

Sementara itu, pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim berkata, terdapat dua alasan yang hampir mustahil untuk menyaksikan Safee muncul sebagai pemain bola sepak Malaysia yang bergaji di EPL iaitu syarat ketat permit kerja bagi warga bukan England dan ranking dunia skuad kebangsaan yang jauh daripada senarai 100 ke bawah.

"Saya dapati Thaksin (Shinawatra, bekas Perdana Menteri Thailand yang pernah beli Manchester City pada 2007) pun tidak mampu menempatkan tiga pemain negaranya (Suree Sukha, Kiatprawut Saiwaew dan Teerasil Dangda) dalam pasukan utama The Citizens.

''Mereka tidak pernah bermain langsung dan ia mungkin kerana kuasa mutlak pengurus pasukan (ketika itu, Sven-Goran Eriksson) yang lebih memahami percaturan permainan," jelasnya.

*SUMBER UTUSAN

Ulasan RizalJefri : Kalo nak naikkan ranking Malaysia, diminta supaya FAM tidak menunjukkan sikap "LAPA PITIH" dengan menganjurkan perlawanan sarkas cam aritu. Perlawanan dengan kelab cm Arsenal, Chelsea, Liverpool dan paling menarik, skuad "PALING KUAT" di Malaysia iaitu Selangor. Semua perlawanan ngn team2 aku sebutkn tu takde ape2 hasil pon. Hanya utk duit semata2. Dan menjatuhkan imej skuad Harimau Malaya selaku juara AFF 2010. Arap2 "Sultan Bola" boleh bagi nasihat kepada "Pemimpin" FAM tu. Sekian dari saya, Rizal Jefri. Dengan izin. Hahahahahaha. Tu Rizal Hashim la :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Isnin, 22 Ogos 2011

Kisah Rumah Hantu Di Seksyen 2, Shah Alam


Korang pernah dengar cerita pasal rumah berhantu kat seksyen 2 Shah Alam? Haaa. Aku pernah bace tapi tak taw la percaye ke tak. Haha. Tapi dengar2 rumah ni dah dirobohkan. Taktaw la betol ke x. Ni cerita pasal rumah tu. Selamat membaca. :)

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!


Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la..

Nanti Uncle Seekers boleh la g jenguk2 rumah tu ek. Kot2 jumpe ape2 yang bes ke. Hahaha.

Ahad, 21 Ogos 2011

Photography Outing Raya

Assalamualaikum semua!
Selamat ari isnin. Perghh, rase macam sabtu ahad aku 12 jam je. Spatotnye 48 jam. Haishh. Tak puas menikmati wiken yg indah, isnin dah muncul. Semalam aku join 2 outing. Perghh. Tak boleh blah. Haha. Dua2 photoshoot tu tema raya. Walaopon dalam bulan puasa, lansung tak menghalang aku utk aktif dlm outing2 neh. Hahahaha. Taknak kalah! :)

Event pertama kat Tasik Perdana. Event percuma yang dihadiri oleh ntah brape ramai photog, talent ngn MUA. Memang puas ati. Tapi aku sempat shoot sorang talent je. Sebab aku rushing utk 2nd photoshoot plak. Haha. Gambar photoshoot kt Tasik Perdana pon aku tak edit lagi. Lansung tak sentuh sbb penat. Haha. Nanti ade mase aku upload la ek. Mesti upload la. Jangan risau. Cuma bile aku upload tu, jangan tanya. Haha.

Event kedua plak kat Tasik Titiwangsa anjuran Oh! Photography. Organizer plak memang otai dalam bidang potraiture. Before event tu, die cakap ade kejutan. Haha. Aku ingatkn dia bawak Amy Mastura. Rupenye die bawak bro Ted Adnan. Korang kenal tak? Haha. Ted Adnan neh otai dalam dunia photography Malaysia. Antara photographer yg disegani jugak la. International jgk bro Ted neh. Walaopon femes, die tak kedekut ilmu. Macam2 die aja. Tapi ajar orang lain la. Haha. Aku tak sempat nk tanye2 die sbb die bz sgt + aku segan. Haha. Yang aku bangga ngn bro Ted Adnan ni, die rilek je orangnye. Imaginasi tinggi. Sekejap je die dpt idea utk composition. Memang tak terlintas kt kepala aku. Haha. Lagi 1, ayat2 die sgt cool. Haha. Aku tertarik ngn 1 ayat die mase die nak promote kursus yg die akan wat september ni. Kalau nak blaja lighting, cari Ted Adnan. Guna direct flash pon boleh. Haha. Rilek je kan. Lagi 1, kalau nak blaja fine art, still life atau kata lain anti-sosial photography, cari otai dlm bidang tu. Hahahaha. Anti-sosial photography tu yg xleh blahnye. Haha. Dengar kt otai2 fine art cm bro Manic Mind ngn Chot memang kecik la ati mereka. Haha.

Ade 1 gmbr yg sempat aku edit semalam. Hehe. Gambar ni aku blaja dr bro Abg Jay. Antara sifu2 lighting kt KL neh. Haha. Sporting, xkedekot ilmu dan peramah. Siap bagi aku pinjam trigger lg. Haha. Nanti lepas raya kalau ade rezeki lebih, insyaallah aku nk beli jgk trigger dan 1 lagi speedlight. Hehe. Nak blaja shoot indoor plak. Pastu alang2 kumpul duit, maw angkat wide lens la 1. Kalo ade rezeki la. Haha. Ok lah, babai semua. Selamat ari raya. Heheh :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Rabu, 17 Ogos 2011

Perlawanan Persahabatan The Red Warrior vs Red Giant

Salam,
Aku baru balik dari Shah Alam lepas layan friendly match TRW ngn Red Giant. Red Giant tumbang di gelanggang sendiri. Haha. Macam pengulas sukan pulak. Gol kemenangan TRW dijaringkan oleh Alex a.k.a Azamudin, pemain yang dipinjam dari skuad Pahang utk menghadapi Piala Malaysia. Cemane gol tu aku xtaw plak sebab aku sampai lewat. Tengah2 jalan nak masok stadium dah dengar sorakan gemuruh dari fan TRW. Gol dijaringkan pada minit ke 20 mungkin. Haha.

Yang nak diperkatakan disini ialah pasal tiket perlawanan. Dah la FAS (persatuan bola sepak selangor) kenakan tiket RM5. Lawan Harimau Malaya aritu pon FREE je masok. Tibe2 lawan TRW nk cas plak. Memang nampak terang2 la nak ambik kesempatan. Maklumlah, korang semua kan tahu kalau match melibatkan TRW, penyokong mesti ramai la. Tak kira main kat mana pon. Masa lawan Kuala Lumpur kt stadium Selayang aritu pon kena bayar jugak. RM10 plak tu. Haishh. Duit punya pasal. Lagi 1 hal, tiket RM5 yang FAS bagi tu plak ialah tiket match Selangor ngn Persib (kelab dari Indon) yang bertarikh 31 Julai 2009. Boleh tahan jugak FAS neh. Duit nak, tapi tiket taknak print. Macam ni punya persatuan pon ade jugak ke? Bodoh tak bertempat. Haishhh. Geram tol aku.

Tak kesah brape2 pon HANJING bola sepak nak caj, penyokong TRW tetap ramai yang datang. Sampai penoh parking kt stadium Shah Alam tadi. Rupe macam final. Padahal baru friendly. Haha. Kalo nk compare ngn penyokong Selangor, jauh beza kot. 1/10 dari penyokong TRW je kot. Haha. Dalam FB kecoh ape bagai, last2 takde pon kt stadium. Hey lu sembang laaaa!!!! Haha


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Selasa, 16 Ogos 2011

Spongebob Squarepant

Kartun feveret aku selepas sincan. Haha. Lagu omputih die pon aku tak hafal lagi, da kua lagu versi Kelantan ngn Kedah plak. Haishhh. Cemane aku nak hafal neh? Hahaha


Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge............bob Sluar Kkotok,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok


Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia?Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh...
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob seluaq Petak"
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
"Spanbob seluaq Petak"
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob...seluaq Petak!

Seram - Info Pocong


Haaa.. Dengan adanya info ni, harap korang berhati2 la ek. Hahahaha. Terpulang nk percaya ke tak. Tapi aku tak percaya.. Hhahahaha :)


Isnin, 15 Ogos 2011

Sahabat² Yang Lahir Pada Tahon 70 / 80 / 90 - an



Sape² yang lahir pada tahun 70/80/90-an mesti ingat masa sekolah rendah dulu :

  • Kat sekolah ada salesman jual buku cerita.Ari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku itu dah tahu.Salesman susu pun cam tu jugak.Sama jugak dengan salesman jual air Marigold.Ari ni cikgu bagitahu esok ada orang nak datang sekolah jual ari marigold, dapat satu borang, isi dan esok beratur di padang sekolah.
  • Kat library, budak budak memang baca buku tapi just tengok gambar je.Bila ada program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
  • Dulu, ada RMT kat sekolah, berebut orang nak dapat makanan free.Sedap ke tak, xkisah.janji dapat makan free.Tapi yang heran, yang berduit pun join RMT..Sangat tidak paham!
  • Dulu, pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang , pastu ada sharpener lagi kat tengah tengah dia.Ala aku pun ada satu.Tiap tiap beli baru . 
  • Dulu, main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam, padahal fungsi sebenar untuk padam.! Alah aku dulu banyak pemadam.lagi besar pemadam tu lagi hebat.Sumpah betul kan.
  • Dulu, mesti nak pakai pembaris yang bergerigi , kat dalamnya ada air pastu ada benda berkilat dalam ari tu.Ala macam glitters tu.Aku selalu beli.comel je.Ala kau lelaki ada jugak kan.
  • Dulu, cikgu pakai pembaris panjang warna kuning. Panjang wey, Ada pemegang kat tengah tengah tapi aku xpenah nampak  cikgu pegang pun kat situ.Ko ada nampak tak.?
  • Dulu, bulu ayam jadi ramping kerana buat rotan pelajar macam aku la.Alahai baru gangster kot.
  • Dulu, bila ada pendidikan seni, semua orang pandai lukis, alah setakat lukis orang lidi kau pun boleh kan, tapi bila time kaler sume hampeh.Apa pun xboley..Ada juga yang terer buat anyaman pakai kertas warna , kolaj la , apa la..
  • Dulu, main game 2D, super contra, super mario , street fighter , sume pakai tape.Kan.?
  • Dulu, um jam tangan Boy London jadi idaman, sebab bole tukar kaler ikut suhu dan cuaca.Haha.tapi aku xder pun jam ni.Gile dulu aku xpandai matematik.
  • Dulu, bila dengar ada suntikan BCG semua cuak, tapi lepas inject poyo la plak, balik skolah beli JOJO xpun Dendang, Tora pun best jugak.Beli semata-mata nak mainan, coklat dia tak makan pun.
  • Dulu femes, kasut berlampu kat tapak, yang iklan dia kat TV bole tembak alien tu.Ganas wey sapa ada time ni. G mana-mana orang mintak sign.
  • Dulu, balik sekolah aku xkan penah miss nak tengok Power Ranggers, Ultraman, Transformers, Maskman, Gaban dan macam-macam lagi. Skarang pon aku layan lagi Shin Chan. Hahaha :)
Tu sume utk zaman² kite je. Budak skang mane ade camtu da. Celik mate layan naruto, bosan² maen PSP, malam² lepak mamak. Ari minggu lepak Times Square. Hahaha. Kenangan oh kenangan :)

Pure Creamery Butter-Golden Churn tidak halal


KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. - Bernama

Ahad, 14 Ogos 2011

My First Buffered Earning

TQ encik Nuffnang. First time ade buffered earning kt blog aku. Aku saje je bejalan kt blog tadi. Terjumpe entry pasal buffered earning (BE) plak. Try la check aku punye. Skali ade sebijik. Hahaha. Tapi takde lah banyak sangat jumlah terkumpul tu. Tunggu je la nanti da banyak. Hahaha :)


PENGAKUAN DAHLIA TECK: LELAKI BERSAMA SAYA DI UNIVERSAL STUDIO BUKAN KHAIRUL FAHMI!


Akhirnya, selepas heboh berita putus tunang Apek ngan (Elia) Jejariruncing disebabkan orang ketiga, iaitu Dahlia Teck. Gambar mereka berpegangan tangan telah tersebar dan mendapat liputan luas. Kini, pihak ketiga yang di dakwa sebagai Dahlia Teck telah tampil memberikan keterangan dan menyatakan lelaki yang bersamanya di Universal Studio Singapore seperti di dalam gambar yang telah tersebar bukanlah Khairul Fahmi! Ya bukan Khairul Fahmi a.k.a apek! 


Mengikut status FB Dahlia Teck, beliau menafikan sekeras-kerasnya bahawa lelaki yang bersamanya di Universal Studio Singapore bukan Khairul Fahmi seperti yang didakwa oleh media dan juga blog-blog gosip...


Betol ke tu bukan Apek? Haishhh...


Haaa.. Akhirnya semua dah terjawab. Korang janganlah nk pening2 pikir lagi ek. Hahahaha. Post hangit ini dibawakan oleh Izzudin.com. Aku pon terkena jugak tadi. Hahaha. Same2 kena la ek. :)

18SX - MARIA OZAWA FULL NAKED


Korang kenal Maria Ozawa? Haishhh. Kalo pompuan tak kenal aku boleh terima. Tapi kalo laki tak kenal, aku boleh hempuk ngn daun pisang. Haha. Sape yang kenal tapi buat2 tak kenal tu, aku nasihatkan jangan jadi hipokrit la. Haha.

Kalo korang rase post ni annoying giler, bagitaw aku ek. nanti aku remove. :)

Aku saje je nak test korang bulan2 pose ni. Menahan lapar sahaja ke skali ngn menahan nafsu. Hahahaha. Aku terjumpe post ni kat blog ni. Teros klik la kan. Hahaha. Aku mengaku aku pantang jumpe title pelik2 gitu. Teros klik tanpa pikir 3 4 kali da. Hahahahaha.


Aku dengar2 kalo buat post pasal ni, boleh dapat hit tinggi. Haha. Tapi aku ade terbaca kt blog tah dari mane mengatakan  budak2 skang mencari jalan mudah nk dapatkan hit tinggi. Letak keyword sex la ape bagai. Padahal tajok je yg gempaknye. Haha. Aku pon nak test jgk la :)

Ok bagi siapa yang nak tengok gambar bogel Maria Ozawa, jom kita layan sama-sama kat bawah ni ye. Ni pun aku ambil daripada blog Firdaus Life. Tapi ni sekadar untuk test kemampuan blog je. Dah dah , jom layan sama-sama gambar di bawah ni.



Wordless :)


Persatuan Atau Stadium Cari Untung?

Menganjurkan sebarang perlawanan menentang The Red Warriors nyata memberi keuntungan kepada Persatuan Bola Sepak Tempatan dan pihak Stadium.

Apa tidaknya, kegilaan para Tentera Merah menyerbu setiap venue perlawanan memberikan peluang kepada persatuan dan stadium untuk mengutip bayaran melalui kutipan tiket.

Terbaru, tindakan yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenakan "charge" untuk perlawanan persahabatan mereka menentang Kelantan.

Peliknya, perlawanan pemanas badan lain termasuk empat pasukan kelab dan satu pasukan negeri dalam liga Malaysia, langsung tidak dikenakan sebarang bayaran.

Benar, kedua-dua persatuan berhak untuk mengenakan bayaran dalam perlawanan tersebut tetapi mengapa tidak dengan perlawanan lain. Adakah tindakan ini kerana mengambil kesempatan dengan keghairahan para penyokong Merah Putih untuk turun beramai-ramai melihat pasukan kesayangan mereka beraksi.

Atau ada pakatan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengaut sedikit keuntungan hasil perlawanan tersebut.

Tak mungkin pihak stadium yang mengenakan tiket perlawanan kecuali ada pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan dengan mudah apabila melihat sambutan ramai pihak atas perlawanan yang akan diadakan.

Penyokong Kelantan tidak pelik untuk membayar RM5 kerana mereka sudah bertahun-tahun menghabiskan purata RM100 untuk setiap perlawawan membabitkan The Red Warriors.

Setakat wang sekecil itu, mereka tidak teragak-agak untuk membayar dan datang ke Stadium semata-mata tidak mahu terlepas dari memberikan sokongan tidak berbelah bahagi buat pasukan kebanggaan.

Tetapi janganlah ada pihak yang mengambil kesempatan kerana keghairahan para penyokong untuk hadir adalah untuk memberikan sokongan kepada pasukan tempatan bukan semata-mata menghabiskan masa luang. - Sumber dari RedsfcNews :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Lawak Pagi Ahad :)

Suatu hari di bilik pembedahan.

Gadis : Hari ni sy akn mnjalani pembedahan jantung.
Jejaka : Sy tahu, I love you. :')
Gadis : I love you too. ♥

(Bila sedar dari pembedahan, gadis tengok jejaka takde . Tp ayah die je yg ade)

Gadis : Mane BF sy ayah?
Ayah : Siti tahu tak siapa yg dermakan jantung untuk Siti ? :(
Gadis : Apaaaaa? ( Terus menangis ) T__T

Ayah : Hehe.. takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas. ;D

*bangon tido tadi aku bukak fb, ngn mata bukak sebelah, aku terbaca lawak ni. Teros tergelak sorang2. Hahahahaha. Teros bangon walaupon aku ngantok gile babeng. Terbaek!!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Chelsea Chelsea!!

Weewiiitt!!
Boleh tahan jugak jersi baru Chelsea neh. Ni jersi ke-3 The Blues. 1st jersi cam biasa r. Kaler mesti biru. Nanti aku rasa nak beli yang putih ni plak. Baru nampak bergaya. Haha. Tapi risau jugak takot kotor2. Aku ni kn comot. Haha

Tak sabar aku nak tengok match pertama Chelsea malam esok. Berdasarkan perlawanan pertama team lain, nampak macam kureng je. Liverpool seri 1-1. Arsenal seri 0-0. Haishhh. Yang menang bergaya, Bolton je. Menang 4-0. Boleh tahan jgk Bolton neh. Haha. Match antara Tottenham ngn Evertos ditunda. Tak taw ape sebab. Mungkin sebab rusuhan kot. Haha. Aku maen teka je tu. Korang jgn percaya 100% plak. Haha.


*amacam template baru aku? Nampak bergaya x? Ahaha. Aku tengok template ridhuantee punye blog. Pastu nampak cam bergaya je. Simple. Ala2 wordpress. Haha.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Hepi Besday To Me!!


Hepi besday to me!!
Hepi besday to me!!
Hepi besday to Jajan!!
Hepi besday to me!!
(Clap clap clap)

Hahahaha. Saat yg aku nanti selama ni dah muncul. Eksperimen aku sudah menampakkan hasil. Takde sorang pon yang post kt wall FB aku. Haha. Terbukti kalo takde FB, takde sape yg ingatkan kita. Takde sape yang ambik tahu pasal kita. Ahaha. Aku tak rase terkilan lansung sebab sume ni mmg aku rancang. Haha.

Niat bukan nak ape pon sebenarnya. Aku takkan dendam la ngn kawan2 sume. Jangan risau. Besday sape2 yang aku rase nak wish, aku akan wish. Tak kira kt wall sape2 pon. Hahahaha. Tak gitu Kak Chik ngn Fiza? (Kotye dorang bace blog aku) haha.

Lagi 1, korang ingat tak tarikh lahir parent korang? Kalo tak ingat, memang bole hempuk ngn kasot la kot. Haha. Korang ingat tarikh lahir adik bradik korang? BF/GF korang? BFF korang? Kalo takde FB, korang ingat tak? Insyaallah tak kn? Hahahaha. Bukan nak bangga, tapi kenyataan. Haha. No IC parent ngn adik bradik aku pon aku ingat taw. Sebab aku sayang dorang. Haha. Sape2 yang aku ingat tarikh lahir die, maksudnya aku TAKNAK korang hilang dari aku.

TQ


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Isnin, 1 Ogos 2011

Doa Buat Kekasih

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

Kredit to Jejariruncing (takleh nk letak link la pulak)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.
 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri