Rabu, 11 April 2012

Ranking Malaysia Jatuh Lagi!


Ranking MALAYSIA jatuh lagi?? Kini di tangga 156!! relax2... baru 156.. Belum 200 lagi. Tu target FAM yang sebenarnya. Ape KING GOPAL buat? Ape FAM buat? Lawan team EPL? Lawan team Liga Super? Lawan soccerkid? Lawan pasukan bola sepak SMK Thambi Pilley? Lawan pasukan bola sepak Kg. Pantang Ditegur? Hampeh!! Duduk diam tunggu duit masok, bile time final naikkan harga tiket, bile orang tegur kasi gantung itu orang dan bile ranking jatuh cakap "Saya kenal pemain saya". Hampeh lagi!!

Kata-kata yang dipetik dari FB The Red Warrior Network :
 KALAULAH benar alasan jatuhnya ranking pasukan kebangsaan disebabkan kurangnya beraksi dalam perlawanan persahabatan berkelas A, maka banyaklah persoalan yang boleh ditimbulkan terhadap kewibawaan jurulatih skuad Harimau Malaya ini. Apakah langsung tiada penanda aras atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dibuat ke atas jurulatih?

Kalaulah ada, masakan jurulatih yang dibayar gaji lumayan sehingga 75
k tidak mampu untuk menyelaras serta mengatur perlawanan persahabatan bertaraf A sejak tahun lepas lagi? Apa kamu buat Coach? ATAU 75K tadi hanya dibayar untuk berkata.... "Kami masih mencuba pemain2 baru dan masih dalam proses mencari keserasian gandingan di antara mereka. Kita bagi peluang kepada mereka dan saya lebih kenal siapa pemain pilihan saya....." Senangnya? Kalaulah ambo tahu begini mudahnya alasan diberi dan begitu lumayannya gaji dibayar....dari dulu lagi ambo ikhtiar ambil kursus lesen kejurulatihan kelas A..!! Suka ambo pinjam satu ungkapan penuh makna dari Tan Sri... "KE MANA KITA SETERUSNYA...?" Tepuk dada tanyalah selera.

 Ape pendapat korang? Ade idea tak cemane nak jatuhkan FAM ni? Hahahaha. Susah kan kalo orang yang atas skali adalah dari golongan diraja. Takde sape yang boleh lawan kecual Tun Dr. Mahathir. Hurmmm. Mengeluh panjang lagi.

 Presiden FAM Sila Letak Jawatan!!!


 

Tiada ulasan:

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri