Rabu, 4 April 2012

FAM Bangsat!

Dipetik dari FB The Red Warriors Network untuk dikongsi bersama saing sobat ambo.

SEORANG pegawai atasan FAM seperti Timbalan Presiden tidak boleh bercakap sewenang-wenangnya dengan pihak media melainkan perkara tersebut di bawa ke Kongres terlebih dahulu untuk dibincangkan di dalam mesyuarat. Dengan kata lain, mesti mendapat PERSETUJUAN ahli Kongres dahulu barulah boleh bercakap. Kongres pulak hanya bermesyuarat 2,3 kali setahun. Ooooooooooo itu macam kaaaaaa??? Ni baru ambo tahu.... Itu yang ambo faham dari penjelasan ringkas TSAM melalui Berita Nasional jam 12.30 tengah malam semalam. Jadi ambo harap kepada wartawan yang ingin bertanya sebarang soalan kepada pegawai tertinggi FAM selepas ini agar dapat sediakan salinan teks soalan terlebih dahulu. Jawapan dari pegawai terbabit mungkin boleh disiar pada episod akan datang tahun berikutnya selepas Kongres bersidang. Itupun kalau si wartawan tadi belum arwah lagi.

Hampeh punya peraturan!! Lebih teruk dari zaman batu! Satu peraturan yang paling efisyen pernah ambo dengar setakat hari ni walau ambo tidak mengikuti jurusan undang-undang! Memang cerdik sungguh akal si penggubal artikel dan kod peraturan ini. Termasuklah ahli Kongres yang meluluskannya! Persis undang-undang rimba...!!! Atau mungkin lebih teruk dari itu...! Sempit....sesempit lubang kubur yang menanti setiap jiwa yang bernyawa. Tertutup....tertutup dilitupi hutan belantara yang dikelilingi unggas dan binatang monyet dan tenuk! Sesungguhnya, ambo sudah hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada badan FAM sekarang ini.


Hasrizal Jefri
0145006505

Like Our Facebook Page:
https://www.facebook.com/pages/wnr-collection/199652276771017

Tiada ulasan:

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri