Sabtu, 28 April 2012

Oakley Holbrook Untuk Dijual!

New!! RM70 free postage. COD lagi bagos.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Like Our Facebook Page:
https://www.facebook.com/pages/wnr-collection/199652276771017

Rabu, 11 April 2012

Ranking Malaysia Jatuh Lagi!


Ranking MALAYSIA jatuh lagi?? Kini di tangga 156!! relax2... baru 156.. Belum 200 lagi. Tu target FAM yang sebenarnya. Ape KING GOPAL buat? Ape FAM buat? Lawan team EPL? Lawan team Liga Super? Lawan soccerkid? Lawan pasukan bola sepak SMK Thambi Pilley? Lawan pasukan bola sepak Kg. Pantang Ditegur? Hampeh!! Duduk diam tunggu duit masok, bile time final naikkan harga tiket, bile orang tegur kasi gantung itu orang dan bile ranking jatuh cakap "Saya kenal pemain saya". Hampeh lagi!!

Kata-kata yang dipetik dari FB The Red Warrior Network :
 KALAULAH benar alasan jatuhnya ranking pasukan kebangsaan disebabkan kurangnya beraksi dalam perlawanan persahabatan berkelas A, maka banyaklah persoalan yang boleh ditimbulkan terhadap kewibawaan jurulatih skuad Harimau Malaya ini. Apakah langsung tiada penanda aras atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dibuat ke atas jurulatih?

Kalaulah ada, masakan jurulatih yang dibayar gaji lumayan sehingga 75
k tidak mampu untuk menyelaras serta mengatur perlawanan persahabatan bertaraf A sejak tahun lepas lagi? Apa kamu buat Coach? ATAU 75K tadi hanya dibayar untuk berkata.... "Kami masih mencuba pemain2 baru dan masih dalam proses mencari keserasian gandingan di antara mereka. Kita bagi peluang kepada mereka dan saya lebih kenal siapa pemain pilihan saya....." Senangnya? Kalaulah ambo tahu begini mudahnya alasan diberi dan begitu lumayannya gaji dibayar....dari dulu lagi ambo ikhtiar ambil kursus lesen kejurulatihan kelas A..!! Suka ambo pinjam satu ungkapan penuh makna dari Tan Sri... "KE MANA KITA SETERUSNYA...?" Tepuk dada tanyalah selera.

 Ape pendapat korang? Ade idea tak cemane nak jatuhkan FAM ni? Hahahaha. Susah kan kalo orang yang atas skali adalah dari golongan diraja. Takde sape yang boleh lawan kecual Tun Dr. Mahathir. Hurmmm. Mengeluh panjang lagi.

 Presiden FAM Sila Letak Jawatan!!!


 

Nerd? Forever Alone?

Betol ke orang yg potpet2 kat FB luah itu xpuas ati la, org tu blagak baik la, pakai tudung mulut jahat la, rampas bf/gf la, pumpang pumpang itu ini adalah orang yg takde kawan yg sudi mendengar luahan mereka? Sebab tu la die tulis panjang2 wat luahan hati kt FB. Mungkin dorang tak tahu lagi budaya orang Yahudi yang buat luahan kt dinding (wall). Haha. Adekah mereka keyboard warrior yg brani dlm FB? Kt FB cakap macam2. Bile depan2 muke baik je. Kentut pon tak bunyi. Sedarkah anda prangai camtu lagi teruk dari rampas bf/gf org? Itu adalah hipokrit. Haha. Entah la. Aku pon tak taw nak cakap cemane. Aku taip panjang2 ni bukan nak wat luahan hati atau ketidakpuas hatian aku terhadap golongan macam ni. Ini hanyalah soalan2 bangang dari insan yang kacak je. Hahahahaha. Mohon jangan dengki sbb aku puji diri aku sendiri. Time kaseh. Haha.

Last skali, kalo anda rasa tak puas ati ngn entry ni, sila tinggalkan komen kat sini ataupon emel kat saya. Make sure subject emel anda ialah "LU SAPE WA MAU GOYANG". Haha. Mane nak cari emel? Lu google la sendiri. Malas nk letak emel sini takot nanti kena spam. Abeh jahanam! Haha. Kalo tak jumpe emel, cari FB aku. PM ek. Tapi aku rase macam semua puas ati je. Kalo ade pon, mesti golongan yg hati tisu / taik cair / budak hingusan je kot. Haha. Peace! :)


Like Our Facebook Page:
https://www.facebook.com/pages/wnr-collection/199652276771017

Selasa, 10 April 2012

Promosi Perfume!!


Korang taw tak sephora perfume? Hahaha. Sephora perfume ni dari Dubai. Packaging dan bau same macam ori punye cuma kandungan alkoholnya dikurangkan. Dan sebab tu, baunya tak tahan lama macam original punye. Tak tahan lame pon boleh la 4 - 6 jam. Kire lame jugak la tu kan. Skang ni WNR-Collection tengah buat promosi. Beli 2 percuma 1. So kirenye RM100 dapat 3 botol la kan. Ape lagi. Cepat la g usha2 perfume idaman anda tu. Promosi untuk bulan April je taw. Lepas tu takde promosi da. Kalo korang nk usha2, sila tgk kat FB ni ek. KLIK SINI. Jom!! Sebelom terlambat!! Cekidautttt!!! (Check It Out)


Jumaat, 6 April 2012

Provokasi? Demmmm!!!

Dimana kebijaksanaan orang "ATASAN" yang mengatakan banner ini adalah banner provokasi. Mohon jelaskan kepada sesiapa yang tertanya-tanya. Kalau boleh, berikan 1001 alasan yang meyakinkan kami. Setahu aku, game AFC hanya tidak membenarkan promosi penaja sahaja. Belon al-jabbar memang patot diturunkan semasa match menentang Arema 4 April yang lalu. Tapi kenapa banner "SELAMANYA THE RED WARRIOR" kena turunkan skali? Lu rabun ke lu buta? Lu bodoh ke lu bangang? Okey! Takde ape aku nak maki dah. Abeh sini je. Chawww!!!!

Rabu, 4 April 2012

FAM Bangsat!

Dipetik dari FB The Red Warriors Network untuk dikongsi bersama saing sobat ambo.

SEORANG pegawai atasan FAM seperti Timbalan Presiden tidak boleh bercakap sewenang-wenangnya dengan pihak media melainkan perkara tersebut di bawa ke Kongres terlebih dahulu untuk dibincangkan di dalam mesyuarat. Dengan kata lain, mesti mendapat PERSETUJUAN ahli Kongres dahulu barulah boleh bercakap. Kongres pulak hanya bermesyuarat 2,3 kali setahun. Ooooooooooo itu macam kaaaaaa??? Ni baru ambo tahu.... Itu yang ambo faham dari penjelasan ringkas TSAM melalui Berita Nasional jam 12.30 tengah malam semalam. Jadi ambo harap kepada wartawan yang ingin bertanya sebarang soalan kepada pegawai tertinggi FAM selepas ini agar dapat sediakan salinan teks soalan terlebih dahulu. Jawapan dari pegawai terbabit mungkin boleh disiar pada episod akan datang tahun berikutnya selepas Kongres bersidang. Itupun kalau si wartawan tadi belum arwah lagi.

Hampeh punya peraturan!! Lebih teruk dari zaman batu! Satu peraturan yang paling efisyen pernah ambo dengar setakat hari ni walau ambo tidak mengikuti jurusan undang-undang! Memang cerdik sungguh akal si penggubal artikel dan kod peraturan ini. Termasuklah ahli Kongres yang meluluskannya! Persis undang-undang rimba...!!! Atau mungkin lebih teruk dari itu...! Sempit....sesempit lubang kubur yang menanti setiap jiwa yang bernyawa. Tertutup....tertutup dilitupi hutan belantara yang dikelilingi unggas dan binatang monyet dan tenuk! Sesungguhnya, ambo sudah hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada badan FAM sekarang ini.


Hasrizal Jefri
0145006505

Like Our Facebook Page:
https://www.facebook.com/pages/wnr-collection/199652276771017

Selasa, 28 Februari 2012

Pakej Fotografi Dari UKTRM (Ultras Kelantan The Red Mania)

Dengan rasa tanggungjawab, aku rase macam nak berbakti ngn UKTRM ni. Hahahaha. Walopon tak seberapa, aku try la nak berjasa jugak. Nak bagi sumbangan berbentuk wang, tak berapa mampu. Sikit2 tu boleh la. Hahaha.

Korang taw tak UKTRM ni? UKTRM ni ringkasan bagi Ultras Kelantan The Red Mania. Kumpulan penyokong pasukang The Red Warrior yang tidak mengharapakan sebarang subsidi dari mana2 pihak. Semuanya dari poket mereka sendiri. Mereka kumpulan penyokong yang menyokong pasukan KELATE sepanjang masa tidak kira kalah atau menang. Terbaekk!! Kalo korang nak tahu lebih lanjut, sila tengok sendiri kat blog UKTRM.


Ni logo rasmi UKTRM Enterprise. Mereka menyediakan macam-macam jenis perkhidmatan. Antaranya ialah pakej fotografi. Rasa macam rugi je aku dah jual camera aku. Dulu aku takde geng nk blaja wedding photography. Skarang ni baru muncul geng2 yang buat wedding photography. Sedih pon ade jugak sket2. Hahahah. Kat sini aku nk wat promo sket utk UKTRM Enterprise. Hehehehe.

ABADIKAN SAAT MANIS PERKAHWINAN ANDA BERSAMA KAMI. DENGAN PAKEJ -PAKEJ TERMURAH. DIPASARAN, KAMI AKAN MEMASTIKAN SAAT MANIS ANDA DIRAKAM DENGAN PENUH MOMENTO. UNTUK KETERANGAN LANJUT ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI (011-15556577) ATAU EMEL TERUS KE ALAMAT EMEL RASMI KAMI DI (uktrm.etp@gmail.com). PASTI ANDA AKAN BERPUASHATI DENGAN SERVIS KAMI.INSYALLAH.

Pakej ade kat bawah ni sebagai rujukan korang. Check it out! Hehehehe.

Ahad, 12 Februari 2012

Pejabat Apek Disimbah Cat

KOTA BHARU – Tidak cukup difitnah menjadi punca putus tunang seorang gadis, kali ini penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23 berhadapan dengan perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab apabila pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd di Jalan Sri Cemerlang dekat sini disimbah cat.


Menurut Pengurusnya, Syed Ahmad Mohd Yusof berkata, kejadian itu disedari pekerjanya sewaktu mereka tiba di pejabat pagi semalam.
Katanya, mereka amat terkejut apabila mendapati bahagian depan dan bumbung pejabat disimbah dengan dengan cat hitam.
“Ini merupakan kali ketiga pejabat ini disimbah cat yang berwarna hitam. Semuanya berlaku di dalam bulan ini iaitu pada 5,10 dan 12 Februari. Kami tidak tahu siapa yang melakukannya dan apa motif di sebalik kejadian ini,” katanya ketika dihubungi DetikPerubahan.com di sini, malam tadi.
Menurut Syed Ahmad, beliau percaya kejadian ini berlaku di antara jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi kerana pada waktu itu kawasan perumahan yang menempatkan pejabat KFR agak sunyi.
“Apek (Khairul Fahmi) sendiri sudah melihat kejadian ini. Sebelum ini kami tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan tetapi kali ini kami menemui satu bungkusan plastik cat yang boleh dijadikan bahan bukti untuk mengesan pelakunya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau dan majikannya, Khairul Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu kira-kira jam 12 tengah hari semalam untuk siasatan lanjut.
“Saya dan Apek telah membuat laporan polis dan kami menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes ini. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membangtu menyelesaikan kes ini,” katanya.
Katanya, apa yang membimbangkan mereka ia keselamatan Khairul Fahmi.
“Apek bimbang juga bila berlaku kejadian macam ni…takut dicederakan. Sebab itu jugalah kami membuat laporan polis. Tetapi rasanya tak ada masalah lagipun Apek sekarang sudah ada pengawal peribadi.
“Ke mana saja dia pergi dia bersama pengawal peribadinya,” katanya.
 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri