Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Assalamualaikum.
Syukur alhamdullillah kerana dipanjangkan umur dan boleh menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Cehh, ayat macam drama petang2 la pulak. Haha. Gambar kt atas ni aku amik semalam. 31 Julai kat Putrajaya. Ingat nak edit2 nak buat macam kad ucapan. Tapi sempat plak. Haha.

Arini 1st day puasa taon ni. Lepas sahur td, ade la terpikir pasal bazaar ramadhan ptg kang. Belom ape2 lagi da rase cm nak makan ayam percik. Hahahaha. Tapi aku selalu g bazaar ramadhan, aku beli kuih2 je. Sebab xtaw nak makan ape. Makanan byk sgt. Haha. Tringat masa kat Jengka dulu, klua je g bazaar ramdhan, abeh sekurang2nya RM10. Utk sorang makan. Kaw2 punye beli. Biasa g pasa malam tak pernah pon abeh RM10 utk mkn sorang. Haha. Tringat nasik kerabu makcik kt bazaar ramadhan Jengka. Pegi pkol 5.30, memang abeh la nasik beliau. Kol 5 da penuh kedai da. Haha. Ikan pari bakar. Perghh. Sedapnye.

Nanti korang jimat2 la ek kalo g bazaar ramadhan tu. Jangan berbelanja ikot nafsu. Kang membazir plak. Pikir la sebelom beli ape makanan tu. Beli yang mana perlu je. Jangan plak murtabak da beli, jumpe roti john pon korang nk sapu skali jgk. Hahahaha. Ok lah, selamat berpuasa kepada semua sahabat seagama dengan saya. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu pengertian buat kita.
Ampun maaf saya pinta kalau2 terkasar bahasa sepanjang menulis blog ni.
Assalamualaikum.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Rabu, 27 Julai 2011

Masa Hadapan

Dimanakah saya 10 tahun akan datang?

Apa kerja saya 10 tahun akan datang?

Berapa gaji saya 10 tahun akan datang?

Berapa banyak pengalaman saya 10 tahun akan datang?

Mampukah saya mencipta nama saya 10 tahun akan datang?

Saya usaha, tuhan yang tentukan semua itu :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Selasa, 26 Julai 2011

Kelayakan Piala Dunia - Malaysia vs Singapura

Khamis, 28 Julai 2011 nanti akan diadakan perlawanan timbal balik antara Harimau Malaya ngn Singapura. Perlawanan dijangka sengit kerana skuad Harimau Malaya memerlukan kemenangan 2-0 kerana Harimau Malaya tewas di Stadium Jalan Besar, Singapura 23 Julai aritu.

Hahahaha. Dah macam blog rasmi sukan bola sepak Tanah Melayu plak. Haha. Aritu aku teruja tengok team Malaysia maen kt Singapore. Memang sengit la. Walaupon Malaysia leading seawal minit pertama hasil jaringan striker pujaan tanah air, Safee Sali selepas 17 saat sepak mula. Memang gempak giler r. Aku bajet Malaysia menang bergaya r. Tapi dengan keadaan defend yang agak kelam kabut, Singapore berjaya menjaringkan 4 gol berturut turut. Perghh. Memang down teros. Tapi lepas kemasukan striker dari Terengganu, Abdul Hadi Yahya, die teros score 1 then beberapa minit lepas tu Safee Sali plak score. Da jadi 4-3. Aku tengok da semangat balik pemain kita. Pastu ngn kelekaan defend ngn goal keeper Malaysia, "ayam tua" Singapore plak score lagi 1. Jadi 5-3 dan permainan tamat. Pastu kapten kita plak kena kad merah. Memang kucar kacir r permainan dorang. Tapi aku puji team Malaysia sebab dorang berjuang sampai abeh. Memang dramatik giler r game aritu.

Aku da tak sabar da nak g stadium khamis ni nak tengok Harimau Malaya balas dendam. Awal2 lagi da g beli tiket. Tapi bukan aku r g. Aku kirim kt abang aku je. Haha. Khamis ni aku, abg aku, cik bebi aku, ngn 2 orang opismate aku akan g stadium. Memang tak sabar la neh. Semangat gile babeng. Tambah2 plak si Michelle (opismate) aku tu. Dia memang tak berapa minat ngn bola sepak. Tapi dia nak merasai suasana kt stadium. So aku ajak la die join skali. Bia dia tahu mcm mana suasana kt stadium Malaysia cmne. Bukan kt eropah je ade penyokong yg happening. Haha.

Kita main teka score nk? Sape betol dapat penghormatan. Haha. Aku takde modal nak bagi adiah ape2. Tu je yg mampu aku offer. Haha. Aku target Malaysia menang 3-1. Kalo sape2 nak teka, boleh tinggalkan komen kat post ni ek. Takde pon takpe. Aku tak kesah pon. Hahahahaha. Sebab aku tahu blog aku ni takde orang bace pon. Haha.

Maaaa-Laaaayyyyyy-Siiiiaaaaa!!!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Muka2 Pelakon Harry Potter

Korang dah tengok blom Harry Potter 7? Rugi kalo korang tak tengok lagi. Dengar2 cite, tu last punye Harry Potter. Taktaw la btol ke tak. Tapi mengikut pada kenyataan pengarang novel Harry Potter, dia tak sampai hati nk hentikan cerita tu sbb dia terkenal + kaya sebab cerita Harry Potter. Haha. Taktaw la die tamak ke atau die betol2 tak sampai ati. Hahahaha.

Si pemegang watak Harry Potter plak dah jadi salah seorang remaja terkaya di dunia sebab cerita ni. Memang terhutang budi la kan. Haha. Kita tengok gambar Harry Porter ngn 2 orang kawan baik die tu. Aku tak ingat name. Hahahaha.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Isnin, 25 Julai 2011

Barbican Sah Halal!

Aritu kecoh isu air Barbican haram, ade alkohol ape bagai. Tadi aku tengok edisi 7, Barbican disahkan halal. So takde lagi keraguan halal or haram air tu.

Sape pernah minum air ni? Aku pernah tengok kt kedai2 tapi tak terlintas lansung nk minum sebab aku nampak memang mcm botol arak. Sikit pon takde meleleh air liur aku. Haha. Aku pelik kenapa pengeluar tu nk design botol macam arak kalau betol air tu bukan dalam kategori arak? Kenapa mesti nak sama ngn arak? Nak bagi nampak bergaya ke ape? Hitam lagi bergaya kot. Hahahahaha.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Jumaat, 22 Julai 2011

Syirik

Semua dah tahu kan syirik tu ape? Kepada yang tak tahu tu, syirik maksud die menduakan Allah SWT. Kalo salah tolong betolkan. Maksudnya kita percaya kepada benda2 yang mengarut. Memang makhluk halus, jin, iblis dan laen2 tu wujud kt dunia kita ni. Mereka pon makhluk Allah SWT jugak. Korang percaya tak pada bomoh? Aku pon tak tahu nak percaya ke tak. Mungkin sebab aku tak nampak then aku jadi susah nak percaya. Tapi kalo ikotkan teori tu, kenapa kita percaya pada kewujudan Allah SWT? Kenapa kita percaya kt dunia ni ada oksigen dan kita perlukan oksigen utk bernafas sedangkan oksigen kita tak nampak.

Aku bukan nak cakap pasal percaya ke tak sebenarnya. Aku nak cakap pasal orang kita skarang ni. Memang zaman dulu ramai yang percaya kt bomoh yg guna kemenyan bagai. Tapi zaman skang pon masih ada lagi. Korang pernah dengar kes2 orang hantar ape2 jenis benda utk menjatuhkan kita? Contoh macam tanam tangkal kt depan kedai utk tutup rezeki orang. Aku ade dengar2 jugak dari orang terdekat ngn aku. Kadang2 aku rase benda ni mcm ade bukti jgk la. Tapi ape hukum kalo kita percaya sbb ade orang tanam tangkal tu rezeki kita akan hilang? Bukankah rezeki kita ni Allah SWT yang kurniakan? Takkan rezeki kita ni terletak kat tangan2 bomoh plak kan. Walaupon pelik, tapi aku percaya jgk sket2. Tak tahu lah kenapa.

Yang hantar "barang" kt kita nak bagi kita ditimpa bencana la bagai. Ade 1 kes ni, dah 2 kali ade tulang2 ayam kat dalam bonet depan kereta. Mula2 tu mcm biasa je. Tapi kalau bnda ni jadi 2 kali, mcm tak logik la plak kalau langgar ayam kat tengah2 bndar KL yg aku sndri pon tak pernah nampak ayam lintas jalan. Bila ada orang cakap ade seseorang hantar benda kt kereta tu supaya owner kereta tu eksiden or ditimpa bencana, aku rase mcm boleh pakai jugak la. Tapi 50-50 jugak la. Tak tahu nak percaya ke tak. Tapi bagi aku, kalau la bnda mcm ni jadi kt kita dan ade orang2 cakap benda tu dihantar oleh sape2 utk bagi bencana kat kita sekaligus akan buatkan kita jadi takot kan. Of course la seram. Then bila diri kita dah diselubungi oleh perasaan takot, automatik kita akan percaya benda tu. Maybe boleh cecah 100%. Dan kita akan berhati2 nak g mane2 pon. Walaupon kita berhati2, bila diri kita diselubungi oleh perasaan takot, aku rase kite akan jadi makin cuai. Pastu kalau jadi ape2, kita akan cakap punca dari benda tu. Tapi hakikatnya kita yg takot. Kita yg biarkan ketakotan tu kuasai diri kita. Tu pendapat aku je la.

Kepada yang rasa aku ni angkuh, bongkak, sombong bagai sebab tak percaya benda2 camni, aku mntk maaf. Bukan tak percaya tapi kurang percaya. Lain maksud tu. Heheh. Kepada sape2 yang biarkan diri dia dikuasai oleh perasaan takot, dekat2 lah dgn pencipta kita, Allah SWT. Kerana Dia maha mengetahui segalanya. Ampun maaf kepada sesiapa yang terguris dengan post aku ni.

Chow!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Khamis, 21 Julai 2011

Kisah Rasulullah dan Buah Limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Wallahualam...

Sumber Text: syokislam.blogspot.com

Rabu, 20 Julai 2011

Kata Orang

Kata orang, berpelajaran rendah hidup susah. Kena kerja guna tenaga dan keringat utk dapatkan sesuap nasi.

Kata orang, bangun tengah hari rezeki susah nak masuk walaupon kite keje shift malam balik pagi teros tido. Haha

Kata orang, perempuan nyanyi kat dapo akan dapat laki tua. Kalo nyanyi kt karaoke kena label perempuan sosial. Haha.

Kata orang, makan pindah2 tempat akan kawen ramai. Tapi orang yang kawen ramai tu makan xde tukar2 tempat pon. Haha

Kata orang, perempuan belajar tinggi takkan pilih laki yang berpendidikan rendah dari dia sbg calon suami.

Kata orang, perempuan kalau dah masok alam pekerjaan dia akan lupa semua apa yang die janji sebelom masok alam keje.

Kata orang, minum air sambil makan perut buncet. Haha

Tak kira apa orang kata, semuanya atas niat kita. Bukan orang yg tentukan nasib, takdir dan kehidupan kita. Kita sendiri yang pilih jalan dan Allah SWT yang akan tentukan. Peace :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Padah Tido Awal

Salam,
Aku tak tahu nak buat ape da neh. Skang baru pkol 3 pagi. Aku da tak ngantok da. Sebab aku da tido dari pkol 9 td. Haishhh. Ape aku nak buat neh?

Tadi tengah syok2 tido, mimpi makan pengat pisang ngn kawan2 ex-jengka, tibe2 tumpah plak. Tu yg terkejot teros sedar tu. Baru je letak dalam mangkuk. Test kuah. Xsempat makan pisang lagi. Haha. Bangon2 ingatkan da pkol 8 pagi. Skali tgk jam baru kol 2.30. Haishhh.

Bangon2 g dapo usha2 makanan dlu. Bukak peti tengok ade ice cream. Haha. Makan ice cream sket pastu tnmpk nata de coco plak. Ape lagi. Sapu skali la. Sejuk anak tekak aku. Tak tahu nak buat ape da. Bukak fb mcm takde ape2 da. Godek2 enset, tbukak la plak email. Ape lagi, update blog la. Haha. Tapi aku tak tahu nk tulis ape da. Jom godek2 camera plak. Testing ape yg patot. Semalam aku baru belu CPL filter utk kit lens aku. Nak try xleh sbb da malam. Takde awan2 biru. Haha. Skang ni pon tak taw nak try cemane jugak. Haha. Ngelap2 ape yg patot je la. Ok lah, mintak diri dlu la ek. Babai :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Ahad, 17 Julai 2011

Cinta Teragung

Maafkan aku sekiranya tak termampu untuk mencurahkan semua isi hatiku ternyata tak terkata rinduku padamu.

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya namun ku tetap berjanji akan masih mencuba untuk memujuk hatimu mencintai aku kerna semua yang ada hanyalah untukmu.

Secebis perasaan ku hampakan membawa sejuta harapan menagih cinta teragung darimu.

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya namun ku tetap berjanji akan masih mencuba untuk memujuk hatimu mencintai aku kerna semua yang ada hanyalah untukmu.

Maafkan aku sekiranya tak termampu untuk mencurahkan semua isi hatiku.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Sabtu, 9 Julai 2011

Santai at Bukit Tinggi


Yeah! Tercapai jugak aku nak g Bukit Tinggi. Walaupon dekat, memang susah aku nak sampai sane sebab sebok sangat ngn urusan wiken! Hahahaha. Kali ni aku berjaya jejak kaki ke sana. Weee~

Arini 9 Julai 2011, aku dah sampai Bukit Tinggi! Gerak dari KL kol 10 smpai la sane kol 11 pagi. RM12 sorang nak masok sane. Aku g ngn Cik Bebi aku. Jalan2 sane. Niat aku nak tengok bangunan2 cantik kat sane je sambil menghirup udara nyaman. Tujuan Cik Bebi plak nak pegi Japanese Tea Village. Nak pakai kimono katenye. Haha. Dan hasrat kami berdua tercapai. Hahahahaha. Ape punye skema ayat aku neh. Haishhh. Wat malu je. Heheh.

Mula2 sampai tu, Ya Allah!! Aku terpegun ngn keindahan alam ciptaanNya. Sejuk mate memandang. Sejuk lagi keadaan kt atas tu. Haha. Yang tak puas atinye, nga syok2 amik gambar kat sane, tibe2 bateri camera aku abeh plak. Haishh. Aku tlupe yg aku pakai 1 bateri je. Biasanya kalo aku nk g mane2, aku pasang 2 bateri tros kt magazine tu. Nak turun g amik dlm kete memang tak larat la. Tinggi sangat. Terpaksa aku batalkan hasrat nk amik gmbr cantek2 kat sane. Nasib baek la orang yg jaga rumah jepun tu offerkn dirinya utk amik gmbr aku ngn Cik Bebi aku gune enset aku. Heheh. Time kaseh amoi!

Utk harini, aku upload 1 gambar dulu. Nanti ade mase, aku update post ni ek. Kasi tambah koleksi gambar. Hahahaha. Ok la, chow! Aku nak golek2 plak.
Assalamualaikum :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Jumaat, 8 Julai 2011

Pasukan Baru EPL 2011/2012

Helo3!!
Aku ade terbaca kat paper harini. Ade team baru akan masok EPL season depan. Aku bukan nak cakap pasal Cardiff City. Tapi aku nak cakap pasal Scandal United. Team yang hebat diperkatakan buat masa ni. Hahahaha. Team ni sangat special ye adik2. Kerana pasukan ni dibarisi oleh wanita. Wanita yg special. Sume cantek2. Ade yg penari bogel, model dan macam2 lagi la. Pengurusnya ialah Rio Ferdinand. Pertahanan Manchester United dan England. Hahahah.

Sebenarnya mereka2 tu ialah skandal Ferdinand je. 10 orang skandal, sorang tu wife dia. Waaa. Boleh tahan gak si Ferdinand neh. Cemane la ek die mengayat sampai dpt 10? Haishhh. Kena mintak share ilmu neh. Hahahahaha. Kesemua skandal die tu da mengaku pernah tido bersama. BARU 10 ye adik2 yang kantoi. Kite tunggu beberapa hari lagi. Kot2 bole tambah reserved player utk team ni. Hahahaha. Dah, abeh sini je. Babai. Happy weekend! Walaopon agenda yang dirancang tidak dpt dikotakan angkara KELDAI2 si Ambingai neh nak wat demonstrasi aman kononye. Abeh jalan2 kt KL tutop. Hampeh tol. Dah, betol2 babai neh. Mmuah! Weewiiittt~


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Rabu, 6 Julai 2011

Penyokong Bertamadun!


Helo3!
Arini 6 Julai 2011, penutup liga super 2011. Malam kang aku kompom layan 801 kan. Match antara The Red Warrior ngn Sabah. TRW hanya memerlukan 1 mata sahaja utk dinobatkan sebagai juara liga super 2011. Nak dapatkan 1 mata bukan senang ye adik2. TRW perlu seri ngn Sabah malam ni. Utk perlawanan pertama antara TRW ngn Sabah, TRW gagal mengutip mata penuh walaopon maen kat stadium keramat SSMV. Terbukti Sabah bukan calang2 pasukan ye adik2 sume. Hahahaha.

Sebenarnya post aku kali ni bukan nak cakap pasal TRW. Heeee. Kasi saspen sket. Haahahaha. Aku nak cakap pasal penyokong yang paling bertamadun kt Malaysia neh. Alaa, penyokong yang hina Sultan Kelantan aritu. Takkan da lupe kot. Hahahahaha. Ni utk perlawanan malam kang. Aku ade jumpe gambar "Ketamadunan" segelintir penyokong negeri tu. Nak tahu ape dorang buat? Dorang da conteng bas "MAHAL" milik pasukan The Red Giant. Siap tulis name ibu negeri dorang lagi. Aku malas nk cakap negeri mane yang "bertamadun" tu kan. Harap2 korang hebat la Geografi, kenal la name ibu negeri mane2 kan. Hahahahaha.

Itu yang dorang buat. Dengan penuh "ketamadunan" mereka conteng bas tu. Siap pecahkan cermin plak tu. Gambar pecah cermin aku xleh nk upload sbb aku bole attach 1 pic je. Heheh. Yang paling best nye, ade orang tah dari negeri mane (tangan ke bahu, mate ke atas) cakap sumenye punca dari penyokong TRW. Handoiiiyaiii punnnn. Celah mane datangnye punca tu ek? Tak paham betol. Memang la penyokong TRW ni "takde tamadun + paling kolot" antara penyokong bola sepak Malaysia. Tapi tergamak dorang cakap cmtu kan. Agak2 r nk tuduh pon. Baling batu sorok tangan celah bontot plak. Hahahahampeh tol. Kite tunggu berita malam kang. Ade ke takde dalam buletin utama kt TV3 suku tu. Aku rase cam takde je. Hahahah.

Ok lah, panjang pulak aku menaip. Dari kua opis sampai r umah aku, aku still menaip lagi. Hahahaha. Babai :)

GOMO KELATE GOMO!!!!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.

Sabtu, 2 Julai 2011

Transformers III - Dark of The Moon

Yo yo yo!!
Seronok g tengok Transformers tak abeh lagi neh. Haha. Jangan jeles ye kawan2 sekalian. Dari ari khamis aku usha2 tiket wayang utk ari sabtu n ahad kt GSC. Tapi sumenye da full. Ingatkan tak dapat la aku tengok wayang minggu ni. Dengan tidak disengajakan, aku ngn Cik Bebi aku g Sunway Pyramid saje2 nk buang mase, adelah kawan Cik Bebi ni offer tiket wayang utk midnight pada separuh harga. Hahahaha. Ape lagi, aku sambar je la. Haha. Die terlebih beli sbb ade misscommunication antara die, bf die n makcik die. Mungkin rezeki aku kot. Da la tiket susa nk dapat, pastu dapat separuh harga plak. Haha. Time kasih tidak terhingga diucapkan kepada Iza n BF die, Janggut. Haha.

Cite die agak menarik jugak la. Mule2 aku bajet cite die dekat2 2 jam je. Rupe2nye dekat 3 jam jugak. Memang puas ati r. Tapi yang tak besnye, last skali tangan Optimus Prime putus mase gadoh ngn Sentinel Prime. Tak taw la cemane utk Transformers berikutnya. Aku taknak bagi sinopsis sebab aku failed bab summaries. Haha. So sorry kawan2 sekalian.

Sampai sini je, aku nak tido da neh. Mate da ngntok gile BABENG da neh. Assalamualaikum :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone - Celcom Mobile.
 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri