Selasa, 1 Februari 2011

Selamat Datang Fernando Torres & David Luiz!!!


Chelsea FC dilaporkan telah berjaya mendapatkan tandatangan penyerang Sepanyol dan juga pertahanan dari Brazil iaitu Fernando Torres (£50Juta) dan juga David Luiz (£21.4Juta) pagi tadi di penutup perpindahan pemain untuk Barclay Premier League.

Akhirnya abeh jugak spekulasi Torres akan pindah ke Chelsea. Hahaha. Sukenye aku. Macam² cerita aku dengar. Last sekali kompom Torres masok Chelsea. Hahaha.

Chelsea dengan bangganya mengumumkan Fernando Torres telah menandatangan kontrak 5 tahun setengah bersama The Blues. Torres akan beraksi menentang Liverpool, kelab lamanya pada ahad ni. Tak sabar plak aku nak tengok. Hahahaha. Torres cakap, Saya sangat gembira dengan perpindahan saya ke Chelsea & saya akan membantu rakan sepasukan untuk musim ini dan akan datang. Saya sudah bermain untuk banyak game menentang Chelsea sejak saya datang ke England dan saya tidak akan melupakan game² yang besar menentang Chelsea. Saya tahu ramai pemain yang hebat di Stamford Bridge & saya akan bekerja keras untuk mendapat tempat dalam team ini. Saya juga berharap akan dapat menjaringkan gol penting untuk peminat The Blues sepanjang musim ini. Tu aku da translate ke BM da. Hahahaha. Banyak plak aku nak translate. Adehhh.

Yang paling penting, Torres pindah ke Stamford Bridge ni bukan sebab DUIT!! Torres nak jadi juara je. Takde sebab lain. Inilah semangat yang kita cari slama ni. Hahahaha.


Lagi sorang ni, David Luiz. Bekas pemain Benfica. Luiz ni orang Brazil yang ke-3 dalam skuad The Blues selepas Alex ngn Ramires. Luiz telah menandatangan kontrak cam Torres jugak untuk 5 tahun setengah. David Luiz skang berumur 23 tahun (Eh, tak lame lagi same umo ngn aku la). Dilahirkan pada 22 April 1987 di Sao Paolo dan memulakan kariernya bersama kelab Esporte Clube Vitoria di Bahia dan dia membuat 47 penampilan.


Aku da tak sabar da nak tengok penampilan pertama dorang neh. Arap² la Torres ngn Luiz ni menjadi. Jangan jadi cam Shevchenko suda. Hahahaha.

Tiada ulasan:

 

©2009 1..2..3..go!!Template ini diedit oleh Hasrizal Jefri